Orang Ramai Boleh Solat Tarawih Di Masjid, Surau Ramadan IniKhalifah Media Networks – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad hari ini memberi jaminan solat sunat Tarawih dibenarkan dilaksanakan di masjid dan surau di seluruh negara pada bulan Ramadan ini.

Orang Ramai Boleh Solat Tarawih Di Masjid, Surau Ramadan Ini

Idris berkata pelaksanaan solat Tarawih berkenaan akan dilaksanakan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) lebih longgar yang akan diumumkan kelak.

Menurutnya setakat ini SOP itu masih belum diputuskan, namun operasi masjid akan berjalan seperti biasa meskipun ketika ini situasi COVID-19 dalam negara masih mencatatkan angka melepasi 20,000.

“SOP nanti akan agak longgar, bergantung kepada keadaan semasa. Kita akan ikut nasihat daripada KKM (Kementerian Kesihatan ) dan buat panduan Tarawih dari situ,” katanya kepada media. Berikutan selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sumbangan Tablet kepada Pelajar dan Bantuan WiFi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Surau Jumaat At-Taqwa. Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kg Baru Air Panas, di sini.

Menurutnya SOP dikeluarkan KKM itu akan dibincangkan bersama pihak berkuasa agama Islam negeri untuk tindakan selanjutnya mengikut negeri masing-masing.

“Insya Allah imarah masjid tahun ini akan berjalan. Kita doa kepada Allah SWT supaya COVID-19 (penularan) tidak serius. Kalau semakin teruk, kita akan ikut nasihat KKM dan bila sudah ada SOP baharu, kita akan jaga elok-elok,” katanya.

Sumber : SK

 

 

Jemaah Mengambil Peluang Iftar di Masjidil Haram | Khalifah Media Networks -Ribuan jemaah mengambil peluang iftar di Masjidil Haram sempena bulan Ramadan ini. Baca selanjutnya.

RIYADH: Ribuan jemaah duduk dalam barisan panjang di Masjidil Haram sambil menunggu azan Maghrib. Untuk berbuka puasa pada hari pertama berpuasa semalam.

Baca selanjutnya Di Sini

Share.

Leave A Reply