Padah Sambut Hari Jadi, 10 Individu Dikompaun RM15,000 | Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada ketika ini bertujuan untuk mengekang penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan. Namun, masih terdapat segelintir dari masyarakat menganggap hal ini sebagai perkara yang remeh dan bertindak sesuka hati tanpa memikirkan risiko yang bakal mereka hadapi.

Padah Sambut Hari Jadi, 10 Individu Dikompaun RM15,000

Kuching: Seorang lelaki dikenakan kompaun gara-gara menjemput rakan meraikan hari jadi saudaranya di kediamannya di Skim Penempatan Baru Stapok, Jalan Stapok Utama, di sini, semalam.

Kesemua lelaki terbabit berusia antara 24 hingga 53 tahun itu dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan, berkata sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan dibantu pasukan Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Kota Sentosa membuat pemeriksaan di hadapan rumah itu kira-kira jam 6.30 petang.

Katanya, Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua lelaki berkenaan sedang berkumpul dan duduk di bawah tempat letak kereta sambil makan dan minum tanpa mengamalkan penjarakan sosial.

Jelasnya, pemilik rumah itu mengaku mengadakan sambutan hari jadi saudaranya ketika pemeriksaan.

Pihak polis kemudiannya mengeluarkan kompaun terhadap mereka dan kesemua mereka bersetuju menerima tawaran kompaun yang dikenakan atas kesalahan dilakukan dan kompaun perlu dibayar dalam tempoh 14 hari.

Tambahnya, kesalahan itu dilakukan mengikut Peraturan 17(1) Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (LLDKTJ) Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply