PADU: Sistem Pangkalan Data Utama 2024 | PADU adalah Pangkalan Data Utama negara yang selamat dan komprehensif ke arah digitalisasi dan penghasilan analisa yang tepat. Bermula 2 Januari 2024, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas perlu daftar dan kemas kini maklumat di laman web PADU.
PADU: Sistem Pangkalan Data Utama 2024 – Daftar & Kemaskini
Seiring dengan kemajuan teknologi, kerajaan telah umumkan pelancaran Sistem Pangkalan Data Utama atau disebut sebagai PADU pada 2 Januari 2024.
Salah satu kepentingan mendaftar adalah untuk memastikan rakyat yang layak dapat manfaat tidak tercicir dari sistem subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem ini.
Apa itu Sistem Pangkalan Data Utama @ PADU?
Pangkalan Data Utama (PADU), miliki profil individu dan isi rumah seperti warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Pengintegrasian data pentadbiran akan dibuat untuk peroleh info dan profil dari banyak sumber.
Anda boleh kemas kini bermula 2 Januari 2024 dan pada bila – bila masa jika miliki apa – apa perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan. Sila rujuk Portal PADU bagi info terkini.
Pangkalan Data Utama @ PADU adalah tidak sama dengan program ID Digital Nasional (IDN).
PADU adalah pangkalan data yang punyai info – info individu, IDN pula adalah pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk membuat urusan dalam talian.
Pengintegrasian IDN dengan Sistem Pangkalan Data Utama akan dibuat kelak.
Buat masa kini, sistem ini menggunakan profil rakyat melalui e-KYC sahaja.
Kenapa Perlu Daftar PADU?
Dengan daftar dan kemas kini info – info dalam portal ini, anda dapat memastikan anda tidak cicir dari menerima bantuan atau perlindungan sosial jika layak.
Tempoh tiga (3) bulan kemas kinian info – info dalam Fasa 1 untuk bantu Kerajaan proses data bagi menentu kelayakan berdasarkan jenis bantuan Kerajaan.
PADU akan menjadi asas untuk penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data dan juga bantuan subsidi kepada mereka yang perlu dan ke arah kebajikan sosial yang baharu.
Kemaskini Data PADU Untuk Penjawat Awam Sebelum 15 Februari 2024
Semua penjawat awam diminta untuk kemas kini profil dan data dalam sistem PADU dengan kadar segera, selewat – lewat pada 15 Februari 2024.
Berikut lampiran SURAT EDARAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DAN DATA SEMUA PENJAWAT AWAM DALAM PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)
3 Langkah Daftar Online PADU 2024
Sistem PADU telah dibuka secara rasmi selepas sesi bersama YAB Perdana Menteri pada tengah hari 2 Januari 2024. Pautan PADU di www.padu.gov.my.
Berikut adalah langkah yang perlu dibuat untuk mendaftar:
- MAKLUMAT ASAS
- Layari www.padu.gov.my. Tekan butang ‘DAFTAR SEKARANG’. Maklumat pendaftaran mesti sama seperti yang tertera pada kad pengenalan. Isikan nombor telefon bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan OTP.
- PENGESAHAN AKAUN
- Anda perlu mengisi OTP yang diterima melalui e-mel atau SMS dalam tempoh 3 minit. Permohonan semula diperlukan jika tidak terima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian.
- TETAPKAN KATA LALUAN
- Kata laluan mestilah ditetapkan dengan kombinasi huruf besar, kecil dan simbol istimewa. Kata laluan ini perlu dilog masuk bagi proses kemas kini maklumat.

Apakah perkara yang perlu diisi dan dikemas kini? Sila rujuk infografik di bawah. Ruangan yang punyai tanda (*) adalah wajib diisi.
Berikut adalah 3 langkah mudah eKYC, iaitu proses pengesahan identiti bagi melindungi info individu:
Setelah berjaya mendaftar, anda akan dapat mesej melalui telefon bimbit bahawa pengesahan ini telah berjaya.
Pendaftaran Secara Manual Di Kaunter PADU
Memandangkan capaian internet di bandar dan luar bandar yang berbeza, maka kerajaan telah memberi banyak mod cara daftar dan kemas kinian bagi setiap rakyat Malaysia di sistem Sistem Pangkalan Data Utama:
Bagi pendaftaran secara manual, anda mesti membawa dokumen berikut:
Maklumat lanjut
Untuk ketahui lebih lanjut, sila layari pautan portal PADU di laman web rasmi https://padu.gov.my/
Aduan secara online boleh dibuat melalui talian hotline berikut:
- MyGCC : 1 – 800 – 88 – 7720 (8.00 pagi hingga 6.00 petang)
- Jabatan Perangkaan Malaysia : 1 – 800 – 88 – 7721 (7.30 pagi hingga 10.00 malam) *mulai 5 Januari 2024
Sumber: e Central