Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Pakatan Nasional – Ini Kenyataan Tegas Nga Kor Ming Yang Dinanti Ramai | Ketika beberapa parti mengorak langkah ingin tubuh kerajaan baru Pakatan Nasional, parti DAP macam senyap je. Akhirnya Timbalan Setiausaha Agong DAP keluar kenyataan tegas. Tak sangka. Baca selanjutnya.

Kerajaan Pintu Belakang Salah Di Sisi Undang-Undang

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming menegaskan pembentukan kerajaan pintu belakang adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan salah di sisi undang-undang.

Beliau juga berkata, pembentukan kerajaan berkenaan juga tidak sah di sisi moral kerana tanpa mendapat mandat rakyat.

“Sesiapa saja yang cuba membentuk kerajaan ‘pintu belakang’ tanpa mandat rakyat adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah disisi moral dan undang-undang.

“Negara kita adalah negara demokrasi berparlimen. Aspirasi dan mandat rakyat wajib dihormati oleh semua pihak,” katanya melalui kenyataan di Twitter hari ini.

Hari ini beberapa parti besar dilihat ‘sibuk’ mengadakan mesyuarat khas di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Bentong seolah-olah ada pengumuman penting dalam masa terdekat melibatkan gabungan politik baharu di Malaysia.

Spekulasi yang bertebaran tidak menolak kemungkinan fokus utama mesyuarat ada kaitan dengan isu peralihan kuasa Perdana Menteri selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Jumaat lalu yang sebulat suara menyerahkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat keputusan bila peralihan kuasa itu akan berlaku.

Bagaimanapun pemimpin dari parti politik antaranya dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Barisan Nasional (BN) dan Pas yang mengadakan pertemuan di Hotel Sheraton di Petaling Jaya malam ini bertindak kunci mulut.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply