Sejak kebelakangan ini, nama Ustazah Siti Afifah menjadi bualan hangat netizen berikut dia berani tampil menyelar tindakan seorang suami yang membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki sehingga digelar dayus.

Selepas itu, dia kembali  kecoh di media sosial apabila memberi kenyataan bahawa bersalaman dengan golongan artis akan merosakkan roh dan jiwa seseorang.

Katanya, masyarakat zaman sekarang berlumba-lumva untuk berjumpa dan bersalaman dengan artis.

Sebaliknya mereka harus teruja berjumpa dan bersalaman dengan alim ulama. Ini kerana bersalaman dengan artis boleh merosakkan roh dan jiwa dalaman seseorang jika dibandingkan dengan mereka yang rajin beribadah.

“Salam artis itu ia rosak roh kita, jiwa kita akan rosak bila kita bersalaman dengan artis-artis dan sebagainya.

“Tetapi bila kita berjumpa dengan orang-orang yang rajin ibadah, jumpa dengan orang tua kita ada roh dan jiwa tersendiri,” jelasnya.

Tidak berdiam diri, ramai artis tempatan tampil bersuara mengenai kenyataan dan cara penyampaian ustazah tersebut. Antaranya adalah penyanyi, Aishah.

Menurut Aishah, ustazah berkenaan tidak patut menyampaikan ‘dakwah’ dengan cara sedemikian ini kerana ia boleh menimbulkan rasa kurang senang di kalangan selebriti.

Jelasnya lagi, ustazah berkenaan seharusnya menunjukkan contoh terbaik buat mereka dan bukannya menghina.

“Ustazah hina golongan kami, patutnya selebriti ini awak bimbing bukan kata begitu. Kenapa kata apabila bersalaman dengan artis, roh orang itu akan hilang?

“Ustazah dah hina sekelompok artis yang terpalit dengan apa yang ustazah cakap. Sanggup ke nak cari kami di akhirat nanti?” ujarnya.

Kata Aishah, ustazah berkenaan memberikan penyampaian yang boleh mendatangkan persepsi buruk kepada mereka yang menganuti agama lain.

@ohbulanofficial

Replying to @Si_Badut_Maut Ustazah Siti Afifah dakwa bersalam dengan artis roh akan rosak? 🤔 #ohbulan #fyp #viral #trendingnewsmalaysia #artis #roh #sitiafifah

♬ original sound – Ohbulan – Ohbulan

Malah, penyanyi otai, Dato Hattan juga tampil memberi respon menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

“Kamu cakap artis ni standard entah apa-apa. Ingat artis ni binatang ke? Najis mughallah ke?” ujarnya.

Katanya lagi, tidak semua artis berkongsi amalan kebaikan mereka di media sosial selain meminta ustazah berkenaan untuk berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sumber: Ohmymedia

Share.

Leave A Reply