Pearly-Thinaah Singkir Juara Terbuka Malaysia | Pearly Tan dan M. Thinaah, beregu wanita utama negara telah melakar kejutan apabila menyingkirkan juara bertahan Terbuka Malaysia, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia pada pusingan pembukaan Terbuka Perancis 2022, pada hari ini.

Terbuka Perancis: Pearly-Thinaah singkir juara Terbuka Malaysia

Pearly-Thinaah yang merupakan pasangan bukan pilihan menumpaskan beregu pilihan ketujuh itu, 22-20, 19-21, 21-7 dalam pertarungan rubber set selama 74 minit yang diadakan di Stade Pierre de Coubertin, Paris.

Seterusnya, pasangan Malaysia yang menduduki ranking ke-11 dunia itu akan berdepan satu lagi gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi, yang menewaskan Stine Kuespert-Emma Moszczynski dari Jerman, 18-21, 21-9, 21-13.

Sementara itu, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, pasangan beregu campuran profesional turut mara ke pusingan kedua apabila menumbangkan pasangan China, Guo Xin Wa-Zhang Shu Xian, 8-21, 22-20, 24-22.

Kian Meng-Pei Jing, gandingan pilihan kelapan kejohanan, akan menentang Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo dari Jepun untuk menentukan tempat ke suku akhir.

Kaneko-Matsutomo sebelum itu telah menafikan pertembungan sesama wakil Malaysia selepas menewaskan Chan Peng Soon-Cheah Yee See, 21-18, 21-17.

Sumber: Astro Awani, Berita Harian

Share.

Leave A Reply