Pegawai Penyiasat Kes Zara Akan Dikenakan Tindakan TEGAS. Ini Puncanya. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : KUALA LUMPUR – Tindakan tegas akan dikenakan ke atas pegawai penyiasat dan penyelianya susulan dapatan hasil siasatan pasukan Task Force Bukit Aman. Mendapati terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan membabitkan kematian Zara Qairina Mahathir.

TIDAK MEMBUAT PERMOHONAN BEDAH SIASAT
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar berkata. Pasukan task Force bermula pada 11 Ogos lalu dan hasil penemuan awal mendapati terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan di mana pegawai penyiasat tidak membuat permohonan untuk proses bedah siasat.
PERMOHONAN INKUES
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangka permohonan inkues berhubung kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir akan dikemukakan kepada koroner seawal minggu depan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Datuk M Kumar S Muthuvelu, berkata, proses itu perlu melalui saluran undang-undang yang ditetapkan sebelum dibawa ke mahkamah
“Kita sedang melengkapkan semua dokumen dan maklumat berkaitan bagi memastikan permohonan itu lengkap sebelum diserahkan kepada pihak terbabit.
SEAWAL MINGGU DEPAN
“Jika semua berjalan lancar, permohonan itu dijangka dikemukakan kepada koroner seawal minggu depan,”. Katanya pada sidang Akhbar di Bukit Aman di sini pada Rabu.
M Kumar berkata, PDRM komited memastikan setiap langkah siasatan mematuhi prosedur dan memberikan kerjasama penuh kepada pihak mahkamah bagi mendapatkan keadilan dalam kes ini.
Sebelum ini, media melaporkan Zara Qairina ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama tempatnya belajar pada pagi 16 Julai lalu. Sebelum disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital keesokannya.
Kematian pelajar Tingkatan Satu itu mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan.
MEMOHON TERLIBAT DALAM INKUES
Pasukan peguam yang mewakili keluarga Allahyarhamah Zara Qairina memaklumkan akan membuat permohonan kepada koroner agar mereka diberi peluang terlibat dalam prosiding inkues yang akan dijalankan.
Dalam kenyataan bersama peguam, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi berkata. Pihaknya sebelum itu menyampaikan ucapan terima kasih kepada Jabatan Peguam Negara yang telah membuat keputusan untuk menjalankan inkues.
Menurutnya, ia selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah bertujuan menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina.
SEMOGA BERJALAN LANCAR DALAM MASA YG PENDEK
“Dengan keputusan di atas, semua perkara yang kami pohon daripada Jabatan Peguam Negara dalam surat kami bertarikh 5 Ogos 2025 telah dipenuhi.
“Kami akan memohon dengan koroner agar kami diberi peluang untuk terlibat dalam prosiding inkues nanti,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Pasukan peguam dalam kenyataan itu turut berharap agar prosiding inkues akan berjalan lancar dan tamat dalam masa yang pendek.
“Keadilan bagi Zara adalah matlamat utama kami dalam semua tindakan yang kami lakukan,” katanya.
Sumber : SH



