Kes Adik Zara. Menteri DEDAH Hasil Siasatan Polis Babit 195 Saksi. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : KUALA LUMPUR: Siasatan polis terhadap kematian Zara Qairina Mahathir, 13. Mendapati ia tidak mempunyai kaitan dengan cucu Yang Dipertua Negeri Sabah atau kedudukan pengetua sekolah selaku isteri menteri seperti didakwa sesetengah pihak.

Zara Qairina

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Berkata dapatan itu adalah berdasarkan hasil siasatan membabitkan 195 saksi yang dipanggil.

BUKAN DIDERA DALAM MESIN BASUH

Katanya, siasatan turut tidak menemui mangsa meninggal dunia akibat didera dalam mesin basuh.

“Siasatan kita menyeluruh dan terperinci. Kali pertama isu ini dibangkitkan oleh ahli Parlimen pada 30 Julai lalu. Sudah timbul beberapa kenyataan seperti (pelaku) yang terbabit adalah cucu kepada TYT, pengetua adalah isteri menteri dan cara mati didera di mesin basuh.

“Keadaan sudah jadi toksik seperti itu sekali.

“Bagaimanapun, siasatan polis tidak menemui semua itu. Tiada hasil keterangan 195 saksi, tidak ada sama sekali,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan wujudnya elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual dalam kes kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, 13, yang berlaku baru-baru ini.

Beliau berkata, hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati ketiga-tiga elemen tersebut telah dikenal pasti dan disiasat secara menyeluruh.

“Tak boleh ada usaha ataupun percubaan menutup kalau ada elemen buli. Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat untuk anak-anak kita.

“Para pentadbir sekolah harus diingatkan, kalau ada insiden ini bawa ke tengah. Sebab itu siasatan kita menjurus hala tujunya kepada elemen buli. Ya, yang sudah pun kita lengkapkan siasatan itu.

“Ya, ada elemen pengabaian kerana adik ini ada membuat aduan kepada pihak sekolah. Ada kita siasat elemen pengabaian. Ada elemen gangguan seksual, kita siasat juga. Demikian terpulang kepada Peguam Negara untuk menetapkan hala tuju sama ada tuduhan itu dapat dibuat atau tidak,” katanya di Dewan Rakyat, pada Isnin.

TERKINI: Inkues Zara bermula bulan depan, 195 saksi akan dipanggil

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini menetapkan bulan depan untuk prosiding inkues berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Prosiding itu akan menentukan sama ada terdapat unsur jenayah yang terbabit dalam kematiannya.

Pengarah Mahkamah Negeri Sabah. Azreena Aziz yang bertindak sebagai Koroner, menetapkan tarikh itu ketika sebutan kes berkenaan hari ini.

Mahkamah menetapkan tarikh prosiding pada 3 hingga 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September dan 22 hingga 30 September.

Tarikh itu ditetapkan pada prosiding sebutan inkues yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR). Daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) selaku pegawai pengendali yang diketuai Mohd Fairus Johari daripada AGC Putrajaya.

Beliau dibantu tiga TPR daripada AGC Sabah iaitu Dana Arabi Wazani, Afiq Agoes dan Dacia Jane Romanus.

195 SAKSI AKAN DIPANGGIL

Ketika prosiding, Mohd Fairus memberitahu Mahkamah Koroner, seramai 195 saksi dikenal pasti dipanggil untuk inkues berkenaan.

Bagaimanapun, katanya jumlah dipanggil akan diteliti semula dan senarai baharu akan dimaklumkan kepada Mahkamah Koroner sebelum inkues bermula pada 3 September depan.

Media semalam melaporkan Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan untuk menjalankan inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian Zara Qairina,13, hari ini.

AGC dalam kenyataan semalam memaklumkan perkara demikian susulan permohonan dibuat Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah. Selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta593).

MEMOHON KES DIPERCEPAT

“Memandangkan kes ini adalah suatu kes yang berkepentingan awam. Jabatan ini akan memohon permohonan kes ini dipercepat demi memastikan keadilan dapat ditegakkan. Bukan saja kepada keluarga Allahyarhamah Zara Qairina, tetapi juga demi kepentingan masyarakat umum,” kata kenyataan itu.

Jabatan itu merujuk kepada kenyataan media AGC bertarikh 13 Ogos mengenai keputusan untuk menjalankan inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian Zara Qairina termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya.

AGC memutuskan untuk menjalankan inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha itu. Selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu pada 12 Ogos.

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, di sini pada 17 Julai lalu selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah berkenaan pada pagi 16 Julai.

Sumber : BH

Share.
Leave A Reply