Kes Pembunuhan Adik Zayn : Ini Tindakan Terkini Peguam Ibu Bapa Zayn. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : SHAH ALAM – Peguam yang mewakili ibu bapa kanak-kanak austisme. Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, mengesahkan beliau tidak lagi mewakili pasangan itu bermula Selasa.
PEGUAM TARIK DIRI
Mahmud Jumaat berkata. Penarikan menjadi peguam kepada kedua ibu bapa Zayn Rayyan dibuat di atas faktor-faktor tertentu.
Ibu dan bapa Zayn Rayyan direman selama tujuh hari. Sejak Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini melaporkan pasangan berusia 28 tahun itu masih direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Penahanan pasangan 28 tahun itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam, dekat sini pada Jumaat, jam 10.25 pagi.
KES PADA 6 DISEMBER 2023
Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.
Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.
Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
LAPORAN TERDAHULU
Penahanan ibu bapa Zayn Rayyan pada Jumaat susulan risikan yang dijalankan pihak polis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan kedua-dua suspek itu dijalankan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
TANGKAPAN BERPANDUKAN RISIKAN
“Sebab tangkapan dijalankan adalah berpandukan risikan sejak hari kejadian sehingga sekarang.
“Tangkapan ini dijalankan untuk bantu siasatan,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Terdahulu, kedua-dua suspek ditahan di sekitar kawasan Puncak Alam kira-kira jam 11 pagi, Jumaat sebelum direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Sabtu.
Majistret, Azura Mohd Saad mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis.
Sumber : SH