Surat Permohonan Jalinan Kerjasama adalah satu bentuk komunikasi rasmi yang dilakukan antara dua pihak yang ingin menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang. Surat ini biasanya mengandungi pemberitahuan dari satu pihak kepada pihak lain mengenai niat untuk bekerja sama dalam perkara seperti Projek Perniagaan, Kerjasama Pemasaran, atau Kerjasama dalam Pembangunan Produk.

jalinan kerjasama

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil kira semasa menulis Surat Memohon Kerjasama. Mula-mula, pastikan surat itu ditulis dengan jelas dan padat, dan [termasuk maklumat yang berkaitan tentang Matlamat dan Objektif kerja sama yang diingini]. Kedua, sampaikan dengan sopan dan niat yang baik untuk menjalinkan kerja sama yang saling menguntungkan kedua dua pihak.

Dalam Surat Memohon Kerjasama, disarankan untuk serta kan dengan lebih lanjut tentang latar belakang Syarikat atau Organisasi setiap pihak, serta potensi manfaat yang boleh diperoleh dari kerja sama kedua belah pihak itu. Selain itu, sampaikan juga visi dan misi Syarikat atau Organisasi agar pihak lain lebih memahami potensi kerja sama ini. Dengan menulis surat ini dengan jelas, padat dan professional, diharap dapat membuka peluang kepada kedua dua pihak untuk bekerja sama secara saling menguntungkan.

Contoh Surat Permohonan Jalinan Kerjasama


Nama Anda
Alamat Anda
Poskod dan Bandar

Tarikh

Nama Penerima
Jawatan Penerima
Nama Organisasi
Alamat Organisasi
Poskod dan Bandar

Tuan/Puan,

Permohonan Kerjasama

Dengan segala hormat, kami dari [Nama Syarikat] [nyatakan dengan lebih lanjut syarikat anda] ingin memohon kerja sama dengan [Nama Syarikat Penerima][sebagai contoh dalam bidang pengedaran produk]. Kami yakin dengan Pengalaman dan Reputasi baik yang ada dari syarikat tuan / puan ini, kerja sama ini akan memberi kan manfaat yang besar kepada kedua dua belah pihak.

Bentuk kerja sama yang kami cadangkan adalah seperti berikut: [seperti di bawah adalah contoh Penerangan, anda boleh jelaskan tujuan / motif anda mahu capai di atas kerja sama antara dua pihak].

  1. Pengedaran produk eksklusif di suatu kawasan.
  2. Promosi bersama melalui media sosial dan acara.
  3. Pembahagian keuntungan dengan peratus yang dipersetujui bersama.

Kami harap dapat mengadakan temu janji dengan pihak tuan / puan untuk membincangkan kerja sama ini dengan lebih lanjut. Terima kasih atas perhatian dan kerja sama yang diberi kan.

Yang benar,

Tandatangan

Nama Anda

Jawatan


Lain lain artikel yang menarik khas untuk anda :

Contoh Surat Permohonan Menyertai Aktiviti

Contoh Surat Memohon Peruntukan Perniagaan

Share.

Leave A Reply