Pekerja Petronas Hilang 14 Ahli Keluarga Akibat Covid-19 Ditahan Polis, Ini Puncanya | Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengesahkan seorang pekerja kontraktornya di Kompleks Bersepadu Pengerang ditahan pihak berkuasa untuk siasatan atas dakwaannya kehilangan ramai ahli keluarga disebabkan Covid-19.

Pekerja Petronas Hilang 14 Ahli Keluarga Akibat Covid-19 Ditahan Polis, Ini Puncanya

Petronas dalam kenyataan medianya malam tadi berkata, lelaki terbabit juga ditahan bagi membantu siasatan pihak berkuasa terhadap sumbangan yang diterimanya selepas dakwaan itu.

Menurut kenyataan itu, syarikat berkenaan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam membantu siasatan terbabit.

“Kami ingin menekankan bahawa kami tidak berkompromi dengan salah laku oleh mana-mana pekerja dan kontraktor kami.

“Kesemuanya terikat dengan tata kelakuan dan etika perniagaan yang ketat (CoBE) semasa berkhidmat untuk Petronas dan kumpulan syarikat kami,” kata kenyataan itu.

Image

Malam tadi, polis mengesahkan menyiasat aduan penipuan 14 ahli keluarga meninggal dunia akibat Covid-19 yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Siasatan dijalankan susulan laporan yang dibuat seorang pegawai Petronas Pengerang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora mengesahkan kes itu diklasifikasikan dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Terdahulu tular di WhatsApp dan Facebook dengan dakwaan kononnya seorang lelaki yang bertugas di Petronas di Pengerang kehilangan 14 insan tersayang termasuk isteri dan lapan anak akibat Covid-19 baru-baru ini.

Bersama kenyataan itu turut tular permintaan bagi menyalurkan sumbangan ikhlas kepada lelaki terbabit bagi meringankan bebannya.

Sumber : Harian Metro

Share.

Leave A Reply