Atlit

Pelajar Atlit Negeri Selalu Masuk Kelas Lewat. 1 Hari Bapa Dia Datang Sekolah.

“Cikgu, anak saya masuk kelas jam berapa selalunya?”


Kadang-kadang sebagai cikgu, kita tak tahu siapa dalam kalangan anak murid kita yang akan berjaya jauh nanti. Tapi ada satu kisah yang sampai sekarang masih segar dalam ingatan aku. Kisah seorang pelajar lelaki, atlit negeri, yang suatu masa dulu mungkin benci aku to the nerve.

Kisah ni berlaku lebih 13 tahun lalu. Aku waktu tu mengajar kelas awal, jam 7.30 pagi. Dalam ramai-ramai pelajar, ada seorang budak lelaki ni jenis confident, outspoken, tapi keras kepala. Atlit negeri pulak tu.

Masalahnya, dia suka masuk kelas lambat. Sebab setiap pagi dia akan jogging keliling padang dulu. Bila ditegur, jawapannya bukan main lagi  kurang ajar, tapi pandai. Memang mencabar kesabaran cikgu.

AYAHNYA DATANG SEKOLAH

Satu hari, ayah dia datang ke sekolah. Aku masih ingat jelas hari tu dia ketuk pintu kelas, panggil anak dia keluar, dan tanya aku dengan tenang:

“Cikgu, anak saya masuk kelas jam berapa selalunya?”

Bila aku jawab dengan jujur, ayah dia cuma senyum dan kata,

“Don’t worry, cikgu. Tell me the truth. I am a parent and I am parenting now. You do your teaching.”

Lepas tu, dia tunjai kepala anak dia depan aku, marah habis-habisan. Aku sendiri terkejut. Tapi selepas hari tu, semuanya berubah. Budak tu dah tak masuk lewat. Kerja siap, tugasan hantar, cuma muka dia masam tahap pekasam tiga bulan.

Aku tahu dia masih tak suka aku waktu tu, tapi aku diam saja. Dalam hati aku tahu, dia bukan benci aku sebenarnya, cuma dia belum faham kenapa aku tegas.

SEKARANG DIA BERJAYA

Tapi baru-baru ni, aku “stalk” dia. Rupanya sekarang dia ada degree dan master dalam bidang Sports and Health Science. Siap jadi coach dan dah terbitkan jurnal Q1. Hebat sungguh.

Tiba-tiba aku senyum sendiri. Mungkin dia masih tak suka aku. Tapi aku tetap bangga dengan dia. Sebab kadang-kadang, tugas seorang cikgu bukan nak disukai tapi nak pastikan anak murid tu tak hilang arah dan terus jadi orang. Dan ayah dia dulu pun… memang contoh parenting yang aku takkan lupa sampai bila-bila.

 

Sumber : Threads

Share.
Leave A Reply