Pelajar Universiti Tertekan Jalani PdP Dalam Talian. Ini Jawapan Noraini | Satu kajian yang bermula 15 November tahun lalu itu kini dikatakan telah berada di peringkat akhir selepas Kementerian Pengajian Tinggi sedang menjalankan satu kajian berkaitan Kualiti Pengajaran Dalam Talian Semasa Pandemik COVID-19 di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia.

Pelajar Universiti Tertekan Jalani PdP Dalam Talian. Ini Jawapan Noraini

Menurut dapatan awal kajian terbabit, didapati 78.4 peratus pelajar tidak berasa tertekan dengan kaedah pembelajaran PdP dalam talian menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad.

Jelasnya, dapatan kajian terbabit digunakan oleh KPT, untuk menghasilkan satu Whitepaper on The Future of Online Learning in Higher Education.

Tambahnya ia bakal membantu institusi menambah baik pelaksanaan dan kualiti pembelajaran dalam talian, dan ia dijangka akan diterbitkan pada November 2021.

Beliau mengatakannya selepas menjawab soalan Datuk Mohd Hatta Md Ramli (PH-Lumut) yang bertanyakan sama ada KPT ada menjalankan kajian berkenaan kesan pembelajaran online terhadap kualiti graduan dan kadar pengangguran sewaktu pandemik ini.

Mengulas lanjut berkenaan hal tersebut, kajian itu turut disertai Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) manakala sebahagian daripada dapatan awal kajian menunjukkan bahawa 92.82 peratus IPT di Malaysia mempunyai Learning Management System (LMS).

Berikutan itu, daripada jumlah tersebut,  62.2 peratus IPT membangunkan LMS secara sendiri dan selebihnya menggunakan perkhidmatan dari luar institusi.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply