Pelakon Terkenal Didakwa Tumbuk & Tendang Penghuni | Seorang pelakon popular yang ditahan berikutan didakwa melakukan perbuatan menumbuk dan menendang penghuni di sebuah kondominium di Segambut akan dihadapkan di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, lapor Astro Awani.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pelakon berusia 38 tahun itu didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Asisten Komisioner Beh berkata dalam kenyataan pada Selasa bahawa dia akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 9 pagi, pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Kejadian didakwa berlaku pada 16 Jun tahun lalu di mana media melaporkan pelakon itu telah ditahan selepas didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut.

Pelakon yang juga mendiami kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa selepas rakan mangsa yang hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan kondominium tersebut oleh pengawal keselamatan.

Kejadian tumbukan dan menendang didakwa berlaku selepas pertengkaran mulut antara mangsa dengan pengawal keselamatan mula terjadi. Pelakon tersebut telah datang secara tiba-tiba sebelum bertindak memukul mangsa.

Berikutan kejadian terbabit, pelakon itu telah direman selama tiga hari dan kemudiannya dibebaskan sementara kertas siasatan lengkap untuk pertuduhan.

Sumber: Siakap Keli

 

Artikel Lain

Didenda RM20, Pelakon Wanita Buat Kecoh Akibat Mabuk

Seorang pelakon wanita dan bekas model didenda RM20 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mabuk dan membuat kacau di sebuah restoran, 5 Januari lalu.

Didenda RM20, Pelakon Wanita Buat Kecoh Akibat Mabuk

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhkan hukuman itu terhadap Persana Avril Sollunda, 40, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sehari sekiranya gagal membayar denda itu bagaimanapun tertuduh membayar denda berkenaan.

Wanita tempatan itu melakukan kesalahan berkenaan di sebuah restoran di Damai Plaza Luyang di sini pada jam 11 malam, 5 Januari lalu mengikut Seksyen 510 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara hingga 10 hari atau didenda tidak melebihi dua puluh ringgit atau kedua-duanya sekali sekiranya sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh dilihat mabuk, gagal mengawal diri, berkelakuan tidak senonoh serta mengganggu pelanggan lain.

Pasukan polis yang tiba di lokasi segera menahan tertuduh yang ketika itu dipegang beberapa pekerja restoran bagi mengelakkan tertuduh membuat kacau di restoran berkenaan.

Tertuduh kemudiannya direman selama lima hari untuk siasatan dan hasil semakan lanjut mendapati tertuduh mempunyai rekod kesalahan lampau mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Tertuduh juga tersenarai sebagai orang dikehendaki di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi kesalahan mengikut Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 yang dilakukan pada 2016.

Sebelum ini, tertuduh pernah ditularkan di media sosial pada 23 April 2015 kerana berkelakuan lucah di Petaling Street Kuala Lumpur.

Selepas dituduh mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan bagi kesalahan tersebut, Majistret Nur Aminahtul Mardhiah mengenakan Bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan RM4,000 bagi tertuduh.

Sumber: BH

 

Pelakon Bollywood Gantung Diri, Polis Tahan Bekas Kekasih

Pelakon Bollywood Gantung Diri, Polis Tahan Bekas Kekasih | BERITA kematian pelakon Tunisha Sharma yang ditemui tidak bernyawa selepas menggantung diri di lokasi penggambaran terus menjadi perhatian.

Polis tahan bekas kekasih didakwa jadi punca kematian Tunisha Sharma

Dakwaan tersebut datang dari ibu Tunisha yang mengatakan pelakon berusia 27 tahun itu menjadi ‘pendorong’ anaknya mengambil nyawa sendiri di lokasi penggambaran Ali Baba: Dastaan-e-Kabul pada Sabtu kerana kemurungan selepas mereka putus cinta.

Ibunya mendakwa Sheezan melakukan provokasi terhadap Tunisha untuk melakukan aksi bunuh diri.

Ibunya berkata, mereka bercinta, namun Sheezan tidak mahu berkahwin dengannya. Mereka berpisah pada November lalu dan situasi tersebut membuat Tunisha kemurungan.

Beliau juga menyatakan, namun mereka masih profesional dan meneruskan kerja bersama di set penggambaran sama.

Beliau mengujar wakil pihak berkuasa seperti dilaporkan Hindustantimes.com, setakat ini mereka menyiasat Sheezan dan akan membawanya ke mahkamah.

Sheezan kini ditahan selama empat hari oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan.

Pihak berkuasa juga menafikan desas-desus jika pelakon muda itu hamil, seperti yang dipersoalkan media tempatan.

Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.
Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi dengan para sukarelawan terlatih di Befrienders.

Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.

Befrienders boleh dihubungi di talian 03-76272929 atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan.

Panggilan adalah percuma.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply