Pelawak dan pelakon veteran, Hamid Gurkha dilaporkan telah meninggal dunia pada petang ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh admin akaun Hamid Gurkha di Facebook.
“Assalamualaikum semua peminat Pak Mid. Pak Mid sudah meninggalkan kita semua. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amin,” tulis admin akaun tersebut.
Pelawak legenda, Hamid Gurkha, 90, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, dekat sini, jam 2.19 petang ini. Doktor mengesahkan arwah bapa mempunyai penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.
Selain dari itu Amir Raja Lawak juga turut berkongsikan perkara sama menerusi Facebook sebentar tadi.
“Dukacita dimaklumkan, seniman negara, Pak Hamid Gurkha baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.
“Mohon sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada roh Almarhum,” kata Amir menerusi perkongsian itu.
Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.