Pelik. Remaja Perempuan Ini Menangis Keluar Air Mata Darah. | BRAZIL: Seorang remaja perempuan mengeluarkan air mata darah ketika dia menangis.

Air Mata Darah

Remaja tersebut berusia 15 tahun dan dikenali sebagai Doris.

Kejadian itu menyebabkan para doktor keliru tentang penyakit yang sedang dialami olehnya sehinggakan mengeluarkan darah ketika menangis.

Pada 12 September, Doris mengadu kepada ibunya bahawa dia sedang sakit, lalu membawa Doris ke hospital terdekat di Sao Paolo.

Dia mengadu berada sakit di bahagian perut ketika itu dan selepas diperiksa oleh doktor, Doris mampunyai penyakit batu karang.

Pada keesokan harinya, Doris telah dibawa ke hospital kerana darah telah keluar daripada matanya.

Doktor tidak mengetahui punca darah itu keluar daripada matanya.

Kejadian ini merupakan suatu kejadian yang ganjil, kerana doktor tidak tahu punca kepada penyakit itu dan setiap kali dia mengeluarkan air mata darah, dia tidak akan berasa sakit.

Sumber : TribunNews

Share.

Leave A Reply