Penduduk Disaran Guna Power Bank Untuk Jimat Elektrik | Pihak berkuasa Kyiv menyarankan penduduk di bandar raya ini supaya membuat persiapan rapi, termasuk membeli ‘power bank’ dan baju sejuk yang mencukupi sebagai persediaan sekiranya bekalan elektrik terputus secara total.
Keadaan itu disulitkan dengan cuaca yang semakin sejuk.
Vitali Klitschko, Datuk bandar Kyiv, berkata, penduduk juga diberi pilihan untuk berpindah ke tempat lain sekiranya bekalan elektrik putus sepenuhnya.
The Guardian melaporkan bahawa risiko bekalan elektrik terputus sepenuhnya semakin meningkat selepas Russia semakin agresif melancarkan serangan terhadap infrastruktur tenaga di bandar raya ini.
The Guardian juga menyatakan jika penduduk yang mempunyai keluarga yang besar atau saudara di luar Kyiv serta rumah mereka lengkap dengan alat pemanas, adalah digalakkan untuk mereka berpindah buat sementara waktu dari bandar raya ini.
Katanya lagi, kalau apa pun yang berlaku, pihak berkuasa akan memastikan senario seperti itu tidak berlaku dan mereka semua tidak perlu meninggalkan rumah masing-masing.
Sehingga Ahad lalu, pihak berkuasa masih mencatu penggunaan bekalan elektrik di Kyiv dan enam wilayah lain.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menyatakan, lebih 4.5 juta rakyat negara ini dengan kebanyakannya di Kyiv hidup bergelap dan terpaksa menggunakan elektrik dalam keadaan terhad.
Beliau juga mengujar bahawa semua orang sedang menghadapi kesukaran ketika ini yang diakibatkan oleh tindakan tidak bertanggungjawan Russia,” ujarnya.
Terdahulu, tentera Russia melancarkan serangan terhadap Loji Nuklear Zaporizhzhia menyebabkan bekalan elektrik terputus.
Sumber: Utusan Malaysia