Penduduk Kampung TERKEJUT Wanita Yg Dilaporkan Mati Pulang Ke rumahnya. | Minggu lalu, kecoh di Chennai, India apabila seorang wanita berusia 72 tahun tiba-tiba muncul di rumah sewaktu ahli keluarganya sedang meratapi kematiannya semasa upacara hari ketiga.
Wanita itu, S. Chandra yang menetap di Ambedkar Nagar, berjalan pulang sambil membawa bagasi tangannya diperhatikan oleh penduduk yang kelihatan kagum namun terkejut selepas melihat poster obituarinya tersangkut di dinding menuju ke rumahnya
‘Misteri’ kehilangan Chandra bermula apabila difahamkan dia keluar dari rumah untuk melawat sebuah kuil di Hanumanthapuram di Singaperumal Koil dengan jarak kira-kira 22 km dari rumahnya.
Pada hari Isnin, dia bergerak selepas memaklumkan ahli keluarganya bahawa dia akan kembali tidak lama lagi, tetapi memutuskan untuk melawat beberapa kuil lain di kawasan itu tanpa memberitahu mereka terlebih dahulu.
Selepas membuat laporan orang hilang di Balai Polis Guduvancherry, anak sulung wanita tersebut iaitu Vadivelu, 48, mendapat berita pada keesokkan harinya bahawa ‘tubuh’ ibunya telah dijumpai dipercayai dilanggar keretapi dan meminta dirinya untuk ke hospital bagi pengecaman mayat.
Wanita itu memakai baju yang sama dengan ibu sewaktu dia keluar rumah, bagaimanapun muka dah hancur, jadi susah untuk cam mayat.
Kemudian, mendiang diserahkan kepada keluarga dan terus dikebumikan selepas upacara pengebumian berakhir dan semasa ritual itu berlangsung buat hari ketiga, Chandra tiba di rumah dengan bagasinya dalam keadaan yang terpinga-pinga.
Sementara itu, pihak polis polis menggali semula mayat yang dikebumikan dan menghantarnya ke Hospital Chromepet sementara usaha mengenal pasti mangsa kemalangan akan diambil.
Sumber : OB