Hari persandingan yang ditunggu-tunggu oleh pasangan mempelai, akhirnya terpaksa diraikan oleh pengantin lelaki seorang diri apabila isteri dimasukkan ke hospital.

 

 

Video yang dimuat naik oleh pengantin lelaki, @syaf0311 di akaun TikToknya, menunjukkan dirinya terpaksa bersanding dan makan beradab seorang diri tanpa ditemani isteri di sampingnya.

“Kenangan untuk dikenang nanti, sanding seorang diri.. isteri kena tahan wad. Nak buat macam mana, Tuhan tidak izinkan.

“Semoga kesedihan hari ini diganti dengan kegembiraan yang tidak terduga suatu hari nanti,” tulisnya di dalam video itu.

Menurut video berkenaan itu juga, pasangan tersebut telahpun bernikah pada 29 September tahun lepas dan terpaksa menunggu setahun untuk bersanding kerana tuntutan kerja sang suami yang berkhidmat sebagai penjawat awam.

Walau bagaimanapun, sebab sebenar isterinya yang juga sedang mengandung itu dimasukkan ke hospital, tidak diketahui.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 204,500 tontonan, 10,100 tanda suka dan 81 perkongsian.

Rata-rata di ruangan komen, orang ramai mendoakan pasangan tersebut dan memberikan semangat buat mereka untuk terus kuat melalui dugaan tersebut.

“Kuatnya semangat.. semoga ada hikmah setiap yang berlaku. Insha Allah lepas hujan pasti akan muncul pelangi,” @princesshaida2032.

Ada juga yang komen bahawa mereka senasib dengan pasangan pengantin ini, apabila hari persandingan yang ditunggu-tunggu terpaksa dibatalkan oleh pelbagai halangan yang tidak diduga.

“Saya teringin ingin bersanding, tetapi mak saya meninggal pada hari kejadian,” @kucingku_terbang.

“Saya pulak kahwin pkp tahun lepas. Nak balik rmah mertua pun tak smpat, waran suami dah siap. Kami LDR, pembawakan budak mmg kerap msuk hospital,” @Bunga Tulip.

“Sama. Majlis belah suami feb22, suami sanding sorang diri tanpa saya di sisi. Sebab 2 hari sebelum tarikh majlis tu saya disahkan positif covid bergejala 1 family,” @Sistyraanaura.

“Saya hari sanding doctor tahan, Tapi mintak nak balik . Sign surat risiko tanggung sendiri 😅,” @Wnfwa.

Sumber: Kosmo

Baca Juga: Maut Kemalangan Dgn Trak Askar, Ini Permintaan Terakhir Arwah Untuk Majlis Perkahwinan | “Persiapan sedang dilakukan kerana kakak merancang naik pelamin dengan lelaki pilihannya bulan depan, namun kini semuanya musnah.”

Maut Kemalangan Dengan Trak Askar, Ini Permintaan Terakhir Arwah Untuk Majlis Perkahwinan

Menurut Nur Fasihah, sehari sebelum arwah kelihatan sangat ceria ketika berbicara dengan ibunya, Helen Murni Sulaiman, 50-an berkenaan tarikh pernikahannya yang dijadualkan pada 29 Oktober lalu.

“Kami sekeluarga menyedari arwah amat ceria sejak kebelakangan ini kerana bakal menjadi suri rumah. Malah menyatakan hasrat mahu mengenakan pakaian seragam askar wataniah untuk hari persandingannya nanti,” katanya ketika ditemui.

Kata Nur Fasihah, arwah yang juga anak ke tujuh dari sembilan beradik itu melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihannya iaitu seorang anggota polis trafik pada 30 Oktober lalu.

Dalam pada itu katanya, arwah banyak menghabiskan masa dengan ibu jika cuti hujung minggu kerana dia juga bertugas sebagai guru di sebuah taska swasta.

Dalam nahas itu, Nur Faiezah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan, Mohd Fadhil Minhat, berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta mangsa terbabit hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan trak tentera.

Difahamkan, kemalangan berlaku ketika kereta mangsa dalam perjalanan dari arah Tangkak menuju ke Segamat. Manakala trak tentera pula dari arah Segamat ke Tangkak.

Katanya, keluarganya reda dengan ketentuan Ilahi apabila Nur Faiezah maut dalam kemalangan itu.

Share.

Leave A Reply