Pengawal Keselamatan Ditemui Mati Di Tapak Pembinaan

| June 2, 2021 | 0 Comments

Pengawal Keselamatan Ditemui Mati Di Tapak Pembinaan | Seorang pengawal keselamatan berusia 47 tahun ditemui meninggal dunia di dalam pos pengawal di sebuah tapak pembinaan di Taman Intan, Sungai Petani hari ini.

Pengawal Keselamatan Ditemui Mati Di Tapak Pembinaan

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pengawal keselamatan itu, Amir Che Din, yang menetap di Sungai Layar ditemukan meninggal dunia pada jam 7.15 pagi tadi.

Menurutnya, pengawal keselamatan itu meninggal dunia di dalam pos pengawal dan tapak pembinaan itu ditutup sementara waktu berikutan sekatan pergerakan penuh yang diumumkan kerajaan sejak kelmarin.

Katanya, rakan setugas mangsa memberitahu ia melihat mangsa dalam keadaan terbaring di lantai ketika dia masuk untuk menjalankan tugas syif pagi.

Rakannya cuba untuk mengejutkan mangsa namun tiada sebarang tindak balas.

Berikutan itu, rakan mangsa memaklumkan ketua pengawal keselamatan dan menghubungi pihak hospital dan saksi memberitahu setiap syif hanya seorang saja bertugas iaitu 12 jam setiap syif.

Adzli berkata, isteri mangsa pula memberitahu mangsa sempat menghubunginya kira-kira jam 12 malam dan hanya berbual seperti biasa.

Menurutnya, mangsa sering mengadu sakit kepala dan hanya mengambil ubat di farmasi dan tidak pernah mendapatkan rawatan di hospital.

Tambahnya, siasatan lanjut juga mendapati tiada unsur jenayah ditemukan di tempat kejadian dan jasad mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk tindakan lanjut.

Sumber: Metro

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *