Tarikh Pengeluaran KWSP Akaun 3 Bermula April 2024 | Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Akaun 3 yang bakal berfungsi sebagai akaun simpanan untuk saat kecemasan dijangka akan dibuat bermula April 2024.

Khalifah Media Networks ditanya bila akaun 3 KWSP ini boleh dikeluarkan? Kerajaan jangka ‘Akaun Fleksibel’ atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dapat dimulai pada April 2024, kata Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, perincian tentang ‘Akaun Fleksibel’ itu akan diperjelas kepada pencarum selepas KWSP umumkan agihan dividen pada Februari tahun depan.

Katanya, buat masa ini organisasi atau pihak berkaitan masih boleh berikan pandangan mereka kepada Kementerian Kewangan dan KWSP tentang Akaun 3.

Akaun Fleksibel KWSP Tahun 2024

Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perincian mengenai akaun fleksibel KWSP ini akan diumum selepas pengumuman dividen KWSP pada Februari depan.

Justeru, beliau mengalu – alukan organisasi berkaitan untuk menyuarakan pandangan mereka yang boleh disampaikan terus sama ada kepada Kementerian Kewangan atau KWSP sendiri.

“Sebanyak RM145 bilion simpanan ahli KWSP dikeluarkan melalui empat kali pengeluaran semasa Covid-19. Selepas itu, rakyat terus menyatakan mereka perlu mengeluarkan lagi tetapi kerajaan buat keputusan untuk tidak membenarkan walaupun ada pun desakan daripada pelbagai pihak.

“Sebab itu kita buat formula baharu iaitu Akaun Fleksibel KWSP (akaun ketiga). Kita akan melaksanakan tetapi ada kaedah tertentu yang tidak akan menjejaskan pendapatan. Apa maksud kecemasan itu akan diperincikan nanti.”

Katanya selepas merasmi Seminar dan Mesyuarat Lembaga Persatuan Keselamatan Sosial ASEAN (ASSA) ke-40.

Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen. Gambar dari Bernama

Pada ucapan rasmi itu, Ahmad Maslan berkata, salah satu pengajaran utama dari pandemik ialah kerajaan perlu membina sistem perlindungan sosial yang mantap untuk orang ramai lebih berdaya tahan.

Jelasnya, masih banyak perkara yang perlu dibuat negara ASEAN dalam menyediakan perlindungan sosial berkesan untuk rakyat mereka.

“Di bawah Laporan Perlindungan Sosial Dunia ILO (Pertubuhan Buruh Sedunia) 2020-2022. Liputan berkesan populasi oleh manfaat perlindungan sosial di rantau Asia Tenggara berada pada paras 33 peratus. Di bawah purata dunia pada 47 peratus.

“Sementara perbelanjaan perlindungan sosial, tidak termasuk penjagaan kesihatan berada pada 2.3 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). Di bawah purata Asia Pasifik sekitar 7.5 peratus dari KDNK,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu turut memberi pengajaran kepada kerajaan. Kerajaan perlu membina sistem perlindungan sosial yang mantap dan berdaya tahan agar rakyat dapat tangani kejutan ekonomi.

Justeru, katanya, di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia komited untuk membuat sistem perlindungan sosial. Ini bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK-12). Kajian ini turut sudah kenal pasti Pembaharuan Perlindungan Sosial sebagai matlamat besar yang berani untuk orang ramai menjadi lebih aman makmur.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan (tengah) merasmikan Seminar ASEAN Social Security Association (ASSA) ke 40 di Kuala Lumpur

Belanjawan KWSP 2024

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP). Datuk Nik Amlizam Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Pengerusi ASSA, Keo Chanthavixay.

Belanjawan 2024 yang lalu umumkan KWSP akan membuka satu lagi akaun untuk pencarum KWSP, kenali sebagai Akaun Fleksibel.

KWSP sebelum ini selaras dengan situasi penuaan yang pesat. Oleh itu, landskap kerja semakin berkembang ke arah tidak formal di Malaysia.

Ia sering kaji semula skim untuk berikan ahli penuhi keperluan kitaran hidup tanpa ganggu simpanan mereka bagi tujuan persaraan kelak. Mungkin dengan akaun 3 KWSP ni boleh la pergi melancong ke Vietnam 4H 3M.

Oleh itu, bagi mebantu ahli imbangi keperluan jangka masa pendek dan panjang, akaun ahli KWSP akan disusun semula. Perkara ini untuk memperkasakan lagi simpanan persaraan demi hari – hari tua seperti memperkenalkan Akaun Fleksibel.

SUMBER: KOSMO

Share.

Leave A Reply