13 Tempat Makan Malam Best di Bachok, Kelantan | Bachok, sebuah daerah yang berada di negeri Kelantan. Daerah ini adalah salah satu daerah daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Bachok amatlah popular sebagai sebuah perkampungan nelayan. Jadi tidak hairan mengapa Bachok banyak tempat makan best terutamanya seafood.
Jadi, kami bawakan kepada anda 13 senarai tempat makan best di Bachok, Kelantan yang anda boleh singgah.
1. ROTI TEMPAYAN SELERA IRAMA – MAKAN MALAM
Korang lapar tapi nak makan makanan ringan sahaja? Korang boleh cuba singgah di Roti Tempayan Selera Irama. Roti Tempayan Selera Irama adalah kedai terbaik dalam menghidangkan Roti Tempayan di daerah Bachok, Kelantan ini. Dikatakan roti disini sangatlah lembut, sedap ditambahpula dengan rasa kari yang mengagumkan. Korang pasti takkan menyesal punyalah. Bukan itu sahaja, suasana disini sangat menenangkan kerana dekat dengan kawasan pantai, jadi tempat ini amatlah sesuai bagi korang yang ingin melepak.
Lokasi ini di Jln Pantai Irama, 16300 Bachok, Kelantan dan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat pada 5 petang hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 011-27856267.
2.O.G. NASI AYAM – MAKAN MALAM
Korang craving nak makan Nasi Ayam pada waktu malam? Korang boleh ke O.G. Nasi Ayam ini sebagai pilihan utama korang. Korang pasti akan puas hati punyalah kerana O.G. Nasi Ayam adalah restoran yang terbaik di Bachok dengan hidangan Nasi Ayam. Dikatakan Nasi Ayam disini mempunyai rasa yang unik dan sedap yang pasti akan buatkan korang berselera. Takut hidangan sejuk? Jangan risau, masalah ini tiada disini. Mereka memastikan makanan secara panas sebelum sampai ke meja korang. Bukan sahaja sedap, harga dan perkhidmatan disini memang sangatlah berpatutan dan padu. Tak percaya? Korang boleh cuba sendiri.
Lokasi restoran ini di Lot 1744 Kg, 16300 Bachok, Kelantan dan dibuka pada setiap hari pada 3 petang hingga 11:30 malam, Ahad pada 1 petang hingga 11:30 malam dan Selesa pada 9 pagi hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah: 019-3246315.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/ognasiayam/
3. D’RV KONTENA BACHOK – MAKAN MALAM
Antara banyak restoran yang ada di Bachok, D’RV Kontena Bachok juga menjadi sebutan dan pilihan utama dalam kalangan pelanggannya sebagai pusat makan sehenti. Kalau korang nak tahu, restoran ini menghidangkan pelbagai jenis makanan yang korang boleh pilih seperti makanan Local, Thai dan juga Western. Korang pasti akan puas hati punyalah kerana harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan, sedap dan perkhidmatan disini sangat friendly. Bagi korang yang ingin makan bersama keluarga atau datang melepak bersama rakan-rakan, inilah tempatnya. Selamat mencuba!
Lokasi ini di LOT 2010 KAMPUNG SUNGAI KAMPUNG SUNGAI, 16300 Bachok, Kelantan dan dibuka pada pada setiap hari pada 3 petang hingga 12 tengah malam dan Jumaat pada 4 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan, boleh hubungi: 019-9304577.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/RVKontenaBachok/
4. JUARA IKAN BAKAR KUBANG KAWAH – MAKAN MALAM
Kalau korang ada di Bachok, korang kena cuba makan di Juara Ikan Bakar Kubang Kawah ini. Nama pun sudah juara, semestinya hidangannya padu-padu. Dekat disini, mereka menghidangkan pelbagai jenis makanan laut segar yang korang boleh pilih seperti Ikan Cencaru Bakar, Sotong Celup Tepung, Kailan Ikan Masin, Tomyam Seafood dan banyak lagi. Makanan disini sangatlah murah. Memang rugi tau kalau korang tak cuba.
Lokasi restoran ini di lot 1282, kg kubang kawah, 16300 Bachok, Kelantan dan dibuka pada setiap hari pada 3 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 010-5545361.
5. RESTORAN MAGGI TIRAM KMAH – MAKAN MALAM
Korang suka makan tiram tapi tak tahu dekat mana yang best? Restoran Maggi Tiram Kmah adalah jawapannya. Kalau korang nak tahu, restoran ini adalah restoran yang terbaik dalam hidangan tiram. Dekat sini, korang boleh dapatkan bermacam-macam jenis tiram seperti Tomyam Oyster Noodle, Oyster Omelette, Oyster Burger, Burnt Cheese Oyster, Lemon Oyster dan banyak lagi. Sememangnya berbaloi untuk mencuba dan harga pun mampu milik tau. Korang pasti akan puas hati punyalah. Selamat mencuba!
Lokasi Restoran Maggi Tiram Kmah di Jalan gong batu, kg kemayang tawang, 16020 Bachok, Kelantan dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin pada 12 hingga 10:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 013-9442711.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/restauranmaggie.tiramkmah/
Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerahBachok ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Bachok, Kelantan. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!