13 Tempat Makan Malam Best di Kuala Krai, Kelantan | Kuala Krai adalah salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri, Kelantan dan juga jajahan kedua terbesar selepas Gua Musang. Bandar ini amatlah popular dengan tanaman pokok getah yang menjadi salah satu sumber ekonomi yang penting. Walaupun daerah ini aktif dalam sektor pertanian tapi siapa sangka, tempat ini juga mempunyai tempat makan yang menarik.
Jadi kami bawakan kepada anda, 13 tempat makan best yang korang boleh kunjungi di Kuala Krai, Kelantan.
1. RESTORAN POHON JATI – MAKAN MALAM
Kalau korang ada di Kuala Krai, korang kena cuba singgah di Restoran Pohon Jati. Restoran Pohon Jati adalah antara restoran yang terbaik yang ada di daerah ini dengan rating 4.2 di Google. Dekat sini mereka menghidangkan pelbagai makanan tempatan yang korang boleh dapati disini. Roti Canai merupakan menu yang hangat dalam kalangan pelanggan disini. Korang patut cuba dan pasti korang akan repeat punyalah.
Lokasi ini di Sebelah petronas, 1, Guchil, 18000 Kuala Krai, Kelantan dan dibuka pada setiap hari kecuali Rabu pada 8 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 014-8998108
2. RESTORAN POHON TANJONG 4 – MAKAN MALAM
Korang craving nak makan makanan Local, Thai dan Western pada waktu malam? Restoran Pohon Tanjong 4 adalah jawapan untuk korang. Dekat sini, terdapat banyak menu yang korang boleh pilih dan pastinya membuatkan korang rambang mata. Antara menu yang korang boleh cuba ialah Tomyam, Ikan Siakap 3 Rasa, Kailan Ikan Masin, Ayam Paprik, Chicken Chop dan banyak lagi. Tempat ini sesuai bagi seisi keluarga makan bersama kerana harga dan perkhidmatan yang ditawarkan sangatlah berpatutan dan baik. Jadi, selamat mencuba!
Lokasi restoran ini terletak di H-Manik Urai, Taman MDKK, Kg, Kampung Pahi, 18000 Kuala Krai, Kelantan dan dibuka pada setiap hari pada 4 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-989 8508
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Pohon-Tanjong-4-100057555223672/
3. KEDAI HAJI DIN SATAY – MAKAN MALAM
Korang suka makan satay? Korang wajib singgah di Kedai Haji Din Satay ini. Kalau korang nak tahu, Kedai Haji Din Satay adalah kedai terbaik dalam hidangan satay. Dikatakan satay disini mempunyai portion yang agak besar dengan rasa juicy, gravy, lembut dan sedap dimakan bersama kuah kacang pekat yang memukau. Korang pasti puas hati punyalah. Tak percaya? Korang cubalah rasai sendiri pengalamannya.
Lokasi Kedai Haji Din Satay ini di NO 4 KEDAI PATI DEPAN JKR, Pekan Kuala Krai, 18000 Kuala Krai, Kelantan dan dibuka pada setiap hari pada 5 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-9058558.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/hajidinsatay/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Kuala Krai ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Kuala Krai, Kelantan. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!