Penggunaan Bayaran Tanpa Tunai, Boost di Bazar Ramadan. 800 peniaga bazar Ramadan tempatan mendigitalkan operasi perniagaan dengan menggunakan Boost bagi tujuan pembiayaan tanpa tunai. Baca selanjutnya.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 800 peniaga bazar Ramadan tempatan mendigitalkan operasi perniagaan dengan menggunakan Boost bagi tujuan pembiayaan tanpa tunai.

Ketua Pegawai Eksekutif Boost Biz, Eric Chong, berkata melihat ratusan peniaga bazar Ramadan tempatan menggunakan Boost sebagai platform pembayaran digital pilihan, ia mencerminkan usaha berterusan pengendali e-dompet untuk lebih memudahkan akses penyelesaian digital dan memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Dengan hampir setengah juta perniagaan tempatan yang menggunakan Boost di seluruh negara, kami bersedia untuk membantu komuniti peniaga dan PMKS kami. ia bertujuan merealisasikan aspirasi perniagaan mereka melalui ekosistem teknologi inovatif kami yang turut menawarkan aplikasi pembiayaan dan juga pengalaman offline-to-online (O2O) runcit yang lancar, terutamanya ketika Malaysia berada dalam fasa peralihan kepada endemik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie berkata, Boost telah merancakkan tawaran dengan ganjaran ‘Kongsikan KeberkaTEN Ramadan’ untuk menggembirakan hampir 10 juta pelanggannya.

“Boost akan sentiasa di sisi rakyat Malaysia sebagai peneman gaya hidup sehenti untuk segala keperluan harian, termasuk kemudahan pembayaran bil, transaksi dalam talian, e-derma, pembayaran tanpa tunai, dan banyak lagi, terutamanya pada bulan Ramadan ini.

“Dengan Boost, pengguna boleh menikmati pengalaman membeli-belah bazar yang lancar dengan insentif dan diskaun yang menarik,” katanya.

Di samping memperkasakan PMKS dengan lapisan perlindungan tambahan menerusi penyelesaian teknologi kewangan (fintech) yang mudah digunakan dan lancar, Boost juga telah menyuntik insentif bagi pembeli untuk menyokong perniagaan tempatan.

Bagi menyokong komuniti peniaga tempatan, setiap Jumaat pada jam 12 tengah hari sehingga 4 petang dari sekarang sehingga akhir April 2022, rakyat Malaysia boleh menebus kredit Duit Raya RM10 di aplikasi Boost sebagai sebahagian daripada kempen ‘Kongsikan KeberkaTEN Ramadan’.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply