Port Dickson merupakan antara lokasi pelancongan terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebelum ini, isu khemah di sepanjang pantai Teluk Kemang telah membuatkan pengunjung berasa semak.
Terbaharu, seorang pengguna Facebook telah mendakwa dirinya dikenakan caj sebanyak RM5 apabila letak tikar dan duduk di kawasan kaki lima dalam satu perkongsian yang telah dikongsikan kembali pengguna media sosial lain.
Malah, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa marah mereka kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab sanggup mengenakan caj seperti ini. Bukan itu sahaja, ada juga netizen mengatakan mereka pernah berdepan dengan situasi yang sama ketika berkunjung ke sana dan tidak boleh membentangkan tikar sendiri serta perlu menyewa di sana.
Sekarang ni g port dickson semua eh bayar. smart btol kau duduk dekat kaki 5 ni letak tika pun kena bayar rm5. Bukan nya duduk dkt tapak khemah tu pun, punya lah sial baik kau koba air laut tu pun kau baya sewa, Majlis Perbandaran Port Dickson tolong pantau sikit, pic.twitter.com/WiDWBtaZxB
— Travel Jimat (@TravelJimat) March 12, 2023
“Sekarang ni pergi Port Dickson semua kena bayar eh? Smart betul! Bukannya (kami) duduk dekat tapak perkhemahan itu pun.” luahan pengguna Facebook tersebut.
Luahan perasaan pengguna Facebook itu telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mendesak pihak berkuasa untuk memantau serta mengambil tindakan terhadap isu ini yang dilihat mengambil kesempatan kepada pengunjung.
Malah, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa marah mereka kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab sanggup mengenakan caj seperti ini. Bukan itu sahaja, ada juga netizen mengatakan mereka pernah berdepan dengan situasi yang sama ketika berkunjung ke sana dan tidak boleh membentangkan tikar sendiri serta perlu menyewa di sana.
Baca Juga: Mahkamah Perintah Hafidz Roshdi Dihantar Ke Hospital Bahagia
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini pada Isnin memerintahkan pelakon, Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.
Perintah itu dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.
Terdahulu, Hafidz, 29, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk pipi kiri isterinya sebanyak tiga kali hingga luka dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini pada 2 Mac lalu.
Bintang filem Pusaka berkenaan membuat pengakuan tidak bersalah itu sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, didakwa menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini pada jam jam 3.32 pagi pada 2 Mac lalu.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.
Semasa prosiding, Nurul Qistini yang mengetuai pendakwaan dibantu, Elyza Amira Habeeb Rahman, manakala Hafidz diwakili peguam bela, Datuk Akberdin Abdul Kader.
Ketika pendakwaan, Nurul Qistini memohon kepada mahkamah supaya tertuduh diberikan ikat jamin selepas dirujuk dan menjalani rawatan di Hospital Bahagia kerana lelaki itu mempunyai rekod menerima rawatan psikiatri sebelum ini.
Bagaimanapun, Akberdin merayu Hafidz dilepaskan dengan ikat jamin tanpa perlu dirujuk ke hospital psikiatri atas alasan pelakon itu hanya mengalami depresi dan bipolar iaitu bukan masalah kesihatan mental pada tahap teruk.
Sumber : KMN