13 Tempat Makan Malam Best di Port Dickson, Negeri Sembilan | Port Dickson adalah sebuah bandar kedua terbesar di Negeri Sembilan selepas Seremban. Bandar ini amatlah popular sebagai salah satu destinasi percutian yang menarik untuk dikunjungi tidak kira pelancong luar atau dalam.
Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Port Dickson, Negeri Sembilan ini.
1. KING’S CHAR KUEY TEOW – MAKAN MALAM
Sebut sahaja King, pasti sudah ramai yang tahu akan keenakkan hidangan Char Kuey Teow disini. Kalau korang nak tahu, King’s Char Kuey Teow adalah sebuah restoran yang sangat popular di Port Dickson. Korang pasti akan terpukau. Dekat sini, terdapat banyak Char Kuey Teow yang korang boleh pilih seperti Char Kuey Teow Udang, Char Kuey Teow Kerang dan banyak lagi. Memang terbaik Harga yang ditawarkan sangat lah berpatutan. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi King’s Char Kuey Teow ini di 402, 4, Jalan Pantai, Kampung Si Rusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan dan dibuka setiap hari pada 5 petang hingga 2 pagi. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 017-6333644.
BUSINESS PAGE: https://kingsckt.com/
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kingsckt/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kingsckt/
2. MIENT’S BURGER – MAKAN MALAM
Korang penggemar burger? Korang kena cuba makan Burger disini. Mient’s Burger adalah sebuah restoran Burger yang disukai oleh ramai orang. Dekat sini, mereka menyediakan pelbagai jenis Burger yang korang boleh cuba. Sememangnya padu. Antaranya seperti Chicken Burger, Beef Burger, Lamb Chop dan banyak lagi. Bukan setakat Burger je ada tapi makanan Western yang lain pun ada tau. Tempat ini amatlah sesuai bagi korang yang nak makan bersama keluarga atau melepak bersama kawan-kawan korang. Mesti korang akan suka punya lah. Tak percaya? Korang boleh cuba rasai sendiri pengalamannya.
Lokasi Mient’s Burger ini di 258, Kilometer 1, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan dan dibuka setiap hari. Isnin hingga Khamis pada 4 petang hingga 12 tengah malam. Jumaat hingga Ahad pada 3 petang hingga 12 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 017-3064649.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/mientsburger/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/mientsburger/
3. WARUNG BOBOK – MAKAN MALAM
Nama sahaja Warung tapi siapa sangka, sebenarnya luar biasa. Kalau korang nak tahu, Warung Bobok adalah salah satu kedai makan yang terbaik di Port Dickson ini. Dekat sini, mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan yang korang boleh dapatkan seperti makanan Local dan juga Western. Korang pasti akan suka punya kerana harga, suasana dan perkhidmatan sangat baik. Kalau korang nak melepak bersama kawan kawan korang, bolehlah datang ke sini.
Lokasi Warung Bobok in di Lot 2317, Jalan Kg Sawah Sunggala, Si Rusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 5:30 petang hingga 11:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-3765008.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/warungbobokportdickson/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/warungbobok/
4. DEEN’S FISH HEAD CURRY – MAKAN MALAM
Tiba-tiba tekak rasa macam nak Kari Ikan? Jangan risau, korang boleh ke Deen’s Fish Head Curry ini. Deen’s Fish Head Curry adalah sebuah restoran yang popular dalam menghidangkan Kari Ikan. Korang pasti akan terpikat punya kerana kari disini bukan biasa biasa sahaja tapi luar biasa. Rata-rata pelanggan disini memberikan maklum balas yang sama. Selain Kari Ikan, terdapat pelbagai menu yang korang boleh cuba disini. Memang sedap. Bukan setakat sedap tapi harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan dan perkhidmatan disini sangat baik. Tempat ini amat sesuai untuk korang makan malam bersama keluarga. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi ini di Jln Dato’ K. Pathmanaban, Bandar Port Dickson, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat pada 7 pagi hingga 9:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-6676692.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/DeenBerjayaPD/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Teluk Kemang ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Port Dickson ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!