13 Tempat Makan Malam Best di Masjid Tanah, Melaka | Masjid Tanah adalah sebuah mukim dan daerah di dalam daerah Masjid Tanah iaitu berada di bahagian utara Bandaraya Melaka. Masjid Tanah ini mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi seperti tempat makan malam.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Masjid Tanah, Melaka ini.

 

1. KEDAI LEMPENG KELAPA TG.BIDARA – MAKAN MALAM

Inginkan makan malam dengan suasana yang menenangkan? Kedai Lempeng Kelapa Tg. Bidara adalah jawapannya. Kalau korang nak tahu, Kedai Lempeng Kelapa Tg. Bidara adalah sebuah restoran yang cukup popular dengan hidangan Lempeng. Dikatakan Lempeng Kelapa disini sangat lah lembut dan ditambah pula cicahan sambal pedas manis adalah satu kombinasi yang sangat padu. Bukan setakat Lempeng saja yang ada disini, korang juga boleh dapat kan banyak menu tempatan disini. Memang sedap dan berbaloi. Apa yang menarik disini adalah restoran ini terletak di pinggir pantai. Jadi, sambil korang menjamu selera boleh lah menikmati pemandangan pantai disini. Selamat mencuba!

Lokasi ini di Jalan Sidang Haron Md Nor, 78300 Masjid Tanah, Melaka dan dibuka daripada Selasa hingga Ahad pada 4 petang hingga 11:30 malam.  Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-5000301.

 

2. AM CHAR KUEY TEOW MASJID TANAH – MAKAN MALAM

Craving Char Kuey Teow malam malam? Jangan risau, korang boleh ke Am Char Kueyy Teow ini. Dekat sini, mereka menghidangkan Char Kuey Teow tersedap di Masjid Tanah ini. Rata-rata pelanggan yang kunjung ke sini, mereka sangat berpuas hati dengan Char Kuey Teow. Bukan sahaja sedap tapi harga yang ditawarkan pun sangatlah murah dengan portion yang dihidangkan. Sangat berbaloi. Tempat ini amatlah sesuai untuk korang melepak bersama kawan.

Lokasi restoran ini di BUS STOP, BATU 16 1/2, Kampung Solok Duku, 78300 Masjid Tanah, Melaka dan dibuka daripada Isnin hingga Sabtu pada 5:30 petang hingga 11:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 016-2746269.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Am-Char-Koey-Teow-100071750543353/

 

3. KEMUNTING FOOD COURT – MAKAN MALAM

Korang lapar tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, korang boleh cuba di Kemunting Food Court ini. Walaupun restoran ini kelihatan biasa saja tapi siapa sangka sebenarnya luar biasa. Restoran menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti Westen, Tempatan dan banyak lagi. Kalau korang ada dekat sini, korang boleh cuba Laksa Sarang mereka. Memang padu. Tak percaya? Korang cuba rasai sendiri pengalamannya. Memang terbaik!

Lokasi ini di Km 21, Jalan Persisiran Pantai, Kg. Padang kemunting, 78300 Masjid Tanah, Melaka dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 5 petang hingga 12 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 010-3678734.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Kg.MesraPenyu/

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Melaka Tanah ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Melaka Tanah ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply