Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Pengunjung Teruja Saksikan Fenomena ‘Laut Terbelah’ Di Langkawi | Hampir 200 pengunjung di Pantai Tanjung Rhu, pagi ini teruja apabila berpeluang berjalan kaki sejauh 600 meter di atas beting pasir yang menghubungkan pantai itu ke tiga pulau kecil berhampiran susulan fenomena ‘laut terbelah’ akibat air surut.

Pakar Alam Semulajadi Tanjung Rhu Resort Langkawi, Zoher Mustan berkata, aktiviti berjalan menyusuri beting pasir yang berlaku selama dua jam itu dapat dirasai para pengunjung pantai dan resort itu setahun sekali.

“Beting pasir ini boleh berlaku di banyak tempat di Malaysia termasuk di Langkawi. Setiap kali bulan penuh, fenomena air surut (akan berlaku) hingga naik beting pasir.

“Masa itu kita boleh berjalan menyusuri beting pasir, fenomena ini berlaku hari ini, sekiranya terlepas orang ramai perlu tunggu tahun depan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, selain Pantai Tanjung Rhu, fenomena itu turut dapat disaksikan di dua lagi lokasi iaitu di Teluk Datai dan Pantai Chenang.

“Apa yang lebih menarik, pengunjung berpeluang melihat pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan sebelah, gamat, belangkas dan kuda laut ketika menyusuri beting pasir,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Dr Hezri Adnan berkata, program berjalan menyusuri beting pasir merupakan acara tahunan khas buat tetamu di Tanjung Rhu Resort Langkawi, namun kali ini penganjuran dibuat lebih besar untuk memberi peluang orang ramai menikmati pengalaman menarik tersebut.

“Program berjalan di atas beting pasir ini merupakan satu langkah Tanjung Rhu Resort Langkawi, LADA serta beberapa rakan kerjasama lain untuk mengetengahkan keindahan alam sekitar dan semula jadi kepada rakyat Malaysia dan pelancong asing.

“Ia harus dijadikan acara tahunan dengan aturan program lebih baik. Saya kira program ini boleh jadi tarikan ramai pada tahun akan datang kerana pengalaman luar biasa yang diperoleh apabila berjalan menyusuri beting pasir ini tadi pelbagai hidupan laut termasuk yang masih hidup kita dapat lihat, rasa kita rapat dengan alam satu keseronokan yang tidak dapat dibeli,” katanya. – Bernama

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply