Susulan tular satu klip video memaparkan seorang pensyarah universiti tempatan yang didakwa menghina seorang pelajar yang tidak memiliki komputer riba, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad tampil memberikan respons.

Pensyarah Didakwa Hina B40. Menteri Pengajian Tinggi Minta Penjelasan UiTM

Menerusi laman Twitter rasminya @DrNorainiAhmad pagi ini, beliau berkata, akan mendapatkan penjelasan daripada universiti tempat pensyarah berkenaan mengajar.

Jelasnya menerusi ciapan tersebut, beliau ambil maklum mengenai isu dan video yang tular ini dan berhubung dengan pihak UiTM.

Ciapan terbaharu Noraini itu pantas diulang ciap (retweet) satu ciapan lain yang didakwa memaparkan video yang tular itu.

Namun, hasil pemerhatian semula di Twitter, video berkenaan telah dipadam oleh individu yang memuatnaiknya.

Susulan tular video berkenaan, pelbagai reaksi warga net mempertikaikan tindakan pensyarah yang menghina pelajar.

Pensyarah berkenaan turut didakwa menyifartkan golongan B40 tidak mementingkan pelajaran.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply