Penyimpanan Duit di Tabung Haji Menggunakan Aplikasi THiJARI | THIJARI ialah rangkaian digital yang dikeluarkan oleh Tabung Haji untuk memudahkan pemindahan wang dari akaun bank yang lain tanpa perlu ke kaunter. THiJARI adalah platform perbankan digital yang membantu pengguna yang mempunyai akaun Tabung Haji malah pengguna dapat mengakses akaun simpanan secara mudah .Tujuan aplikasi ini ialah untuk menyediakan proses penyimpanan dana dan pelaburan digital yang sah sesuai dengan prinsip-prinsip syariah Islam.
THiJARI membantu pengguna untuk mengakses pelbagai informasi-informasi menarik mengenai akaun simpanan, pembiayaan, pelaburan, dan transaksi lainnya melalui platform digital. Ini memudahkan anggota Tabung Haji dalam mengurus simpanan mereka untuk memenuhi syarat perjalanan haji mereka. THiJARI memberi kemudahan kepada pengguna untuk mengakses akaun mereka secara online atau melalui aplikasi. Pendedahan platform digital memberi kemudahan kepada masyarakat untuk mengakses di mana-mana sahaja.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan THiJARI ini di telefon bimbit. Anda hanya perlu muat turun aplikasi THiJARI di Google Play ataupun App Store. Disini juga kami kongsikan semua informasi yang menarik untuk anda ketahui.
Cara Simpan Duit di Aplikasi THiJARI
Untuk melakukan pengeluaran dari laman web THIJARI, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
- Log masuk ke akaun THiJARI ataupun laman web rasmi di https://www.thijari.com.my/
- Semak baki akaun untuk pastikan amaun yang ingin dikeluarkan mencukupi.
- Pilih “Pindahan” yang berada di tepi kiri laman web dan klik “Pindahan- Bank ke Akaun TH”
- Masukkan maklumat pengeluaran dan butiran jumlah yang ingin dikeluarkan.
- Semak semula butiran pengeluaran. Klik butang “Teruskan”.
- Seterusnya laman web akan terus ke transaksi bank yang dipilih menggunakan FPX.
- Tunggu beberapa minit untuk pemperosesan kemudian anda boleh buka akaun TH untuk periksa jumlah wang yang masuk.
Cara Simpan Duit di Aplikasi THiJARI
Di bawah akan diberikan dengan lebih jelas cara simpan duit di aplikasi THiJARI.
LANGKAH 1
Log masuk ke akaun anda. Pergi ke laman web rasmi THIJARI Online. Log masuk ke akaun anda dengan menggunakan ID pengguna (username) dan kata laluan (password) yang telah anda daftarkan.
LANGKAH 2
Setelah log masuk, klik “Pindahan” yang berada di tepi kiri laman web. Terdapat banyak pilihan cara pindahan dan klik “Pindahan- Bank ke Akaun TH”
LANGKAH 3
Masukkan butiran anda. Anda akan diminta untuk memasukkan butiran pengeluaran seperti jumlah yang ingin anda keluarkan dan butiran bank akaun yang anda akan pilih untuk dipindahkan wang ke Tabung Haji. Pastikan anda memberi maklumat bank dengan betul. Periksa semula butiran yang ditulis dan klik butang “Hantar” atau “Setuju” untuk ke laman seterusnya.
LANGKAH 4
Laman ThiJARI akan terus ke bank yang dipilih untuk proses transaksi dari bank ke akaun TH. Lengkapkan semua maklumat dan seterusnya klik “Hantar”
LANGKAH 5
Pengesahan sms atau e-mel akan diberikan. Anda akan menerima SMS atau e-mel pengesahan sebagai bukti bahawa permintaan pengeluaran telah diterima dan sedang diproses.
LANGKAH 6
Seterusnya, menunggu pemprosesan jumlah tersebut dari akaun bank lain ke akaun TH. Biasanya, pengeluaran dari THIJARI Online memerlukan beberapa hari untuk diproses. Anda akan menerima maklumat lanjut melalui sms atau e-mel tentang status pengeluaran atau transaksi anda.
LANGKAH 7
Selepas pengeluaran selesai, dana akan masuk ke dalam akaun bank yang anda berikan semasa mengemukakan permintaan. Semak penyata akaun TH. Pastikan periksa penyata akaun anda untuk pengesahan pengeluaran telah diproses dengan betul.
Informasi Mengenai Tabung Haji
Pastikan anda faham syarat dan terma pengeluaran yang berlaku untuk pelaburan THiJARI anda. Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau memerlukan bantuan tambahan, anda boleh menghubungi pihak THIJARI Online melalui maklumat yang disediakan di laman web mereka. Anda boleh kunjungi laman web rasmi Tabung Haji Malaysia untuk ketahui semua informasi dan promosi-promosi yang mereka tawarkan. Di laman web itu, terdapat info tentang cawangan yang berada di setiap negeri. Tabung Haji beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Sumber: Tabung Haji Malaysia