13 Tempat Makan Best Sarapan Di Rembau, Negeri Sembilan | Asal perkataan “Rembau” dipercayai diambil daripada nama sebatang pokok Merbau di sekitar Batang Nyamor, Kota. Pokok itu dipercayai sangat besar dan tinggi sehingga boleh menaungi beberapa kampung sehingga ke Sungai Ujong. Di Rembau, terdapat banyak tempat sarapan yang best-best dan menarik yang boleh korang singgah.

Korang kalau nak breakfast yang best-best dan sedap dekat Rembau tapi tak tahu kat mana. Di bawah kami ada senaraikan 13 tempat makan best untuk anda sarapan pagi yang boleh anda singgah kalau anda melawat Rembau, Negeri Sembilan.

 

1. RESTORAN B40 – SARAPAN

Restoran B40 adalah restoran yang sajikan menu sarapan pagi yang best dan sedap. Kawasan restoran yang easy access, dekat dengan main road. Menu sarapan pagi yang pelbagai seperti nasi lemak, makanan siap goreng , nasi lemak pelbagai lauk, kuih muih dan jugak Roti Canai. Makan tengahari juga ada kat sini nasi lauk campur. Rasa yang pasti tidak akan kecewakan anda. Harga seperti nama harga B40 sesuai dengan portion dan rasa.

Cadang nak datang pada hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Kampung Senama, 71300 Rembau, Negeri Sembilan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 6 pagi sehingga 3 petang. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-253 6106.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Restoran-B40-100057313305068/?locale=ms_MY

 

2. WARUNG MAK DARA – SARAPAN

Warung ini adalah antara tempat yang best untuk sarapan pagi kat rembau ni.. Macam macam pilihan ada kat sini. Antara menu yang ada kat sini ialah roti canai sarang burung, roti telur, roti canai banjir, nasi lemak, soto, bihun sup dan banyak lagi. Tapi kalau time ramai orang tu yang tak best korang kena tunggu giliran. Bolehlah korang ajak keluarga atau kawan-kawan untuk try breakfast kat sini. Pasti korang repeat.

Bercadang nak datang ke sini hujung minggu ni dengan keluarga? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Rembau – Tampin, 71300 Rembau, Negeri Sembilan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 6.30 pagi sehingga 3 petang. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 011-4016 6769.

 

3. ROTI CANAI MUHAMMAD – SARAPAN

Roti Canai Muhammad menyediakan sarapan pagi yang santai, seperti Murtabak & sardin, roti canai, roti sarang burung, roti kaya, roti titab, nasi lemak dan banyak lagi. Kat sini korang dapat breakfast dengan view yang indah dan tenang dengan melihat gunung dato dan hembusan angin yg sayup-sayup. Fuhhh…

Berminat ingin datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di G5CF+R4, Kampung Gadong, 71350 Kota, Negeri Sembilan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu pada pukul 7 pagi sehingga 11 pagi. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 016-255 9535.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat sarapan terbaik di daerah Rembau ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Rembau. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply