13 Tempat Makan Best Sarapan Di Tampin, Negeri Sembilan | Tampin merupakan salah satu bandar yang unik kerana bandar itu berjiran dengan Pulau Sebang, Melaka. Lampu isyarat di tengah kedua-dua bandar yang berjiran itu merupakan penanda sempadan antara negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Selain itu, Tampin juga terletak di titik penghujung Banjaran Titiwangsa, iaitu banjaran gunung yang terpanjang di Malaysia.
Korang kalau nak breakfast yang best-best dan sedap dekat Tampin tapi tak tahu kat mana. Di bawah kami ada senaraikan 13 tempat makan best untuk anda sarapan pagi yang boleh anda singgah kalau anda melawat Tampin, Negeri Sembilan.
1. RESTORAN MELATI – SARAPAN
Restoran Melati merupakan salah satu restoran sarapan pagi yang terkenal dekat Tampin, Negeri Sembilan ni. Mereka menyediakan menu sarapan pagi resepi turun-temurun oleh nenek moyang mereka. Antara menu yang korang boleh rasa adalah Aneka Jenis Kuih, Roti Canai Kosong, Mee Goreng, roti kahwin, roti telur, nasi lemak, bakso, soto dan banyak lagi. Orang Tampin kalau tanya mereka nak breakfast dekat mana pasti mereka akan recommend restoran ni.
Merancang ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di 2006, Jalan Besar, 73000 Tampin, Negeri Sembilan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi sehingga 4.30 petang. Kalau anda ada pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 019-627 1129.
2. LAMAN HIJAU CAFE – SARAPAN
Berminat nak datang pada hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Lot 2900,N.Sembilan, Kampung Tampin Tengah, 73000 Tampin. Kedai ini beroperasi pada setiap kecuali hari Isnin pada pukul 7.30 pagi sehingga 3.15 petang. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-375 6377.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/lamanhijau.cafe/
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/LAMAN-HIJAU-CAFE-100063634836215/
3. WARUNG IRMI – SARAPAN
Warung ni adalah salah satu port breakfast yang sajikan menu sarapan pagi yang menyelerakan dan sedap. Kawasan warungnya yang luas dan selesa. Sesuai untuk korang bawa family yang ramai untuk breakfast kat sini. Rata-rata pengunjung yang hadir semua bagi review dan komen yang memuaskan. Mereka mengatakan layanan dan servis mereka tiptop dan laju.
Menu bestseller dekat sini seperti soto ayam, roti paratha, lempeng kelapa, pancake, roti canai, roti sarang burung, pelbagai jenis air special dan macam-macam lagi. Bolehlah korang datang dan cuba.
Berminat ingin datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Indah, Kampung Baru, 73000 Tampin, Negeri Sembilan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 6.30 pagi sehingga 12 tengah hari. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 014-952 2011.
FACEBOOK PAGE: https://www.instagram.com/kakiwarong_irmi/
4. KODAI KU-WAAH – SARAPAN
Kodai Ku-Waah ini adalah kedai sarapan pagi dan makan tengah hari yang famous dekat Tampin ni. Terletak dekat dengan Masjid Jamek Tunku Besar Tampin. Mudah untuk korang cari kalau korang nak singgah kat sini. Dekat sini ada menu sarapan pagi seperti nasi lemak, aneka kuih-muih, roti canai, roti telur, nasi putih dan aneka lauk-pauk. Korang kalau nak datang, pastikan datang awal kalau taknak beratur.
Berminat ingin datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Kampung Dusun, Taman Clonlee, 73000 Tampin, Negeri Sembilan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 10 pagi sehingga 5 petang. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 010-459 6938.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/rempahdapur/
Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat sarapan terbaik di daerah Tampin ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Tampin. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!