Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Perabot Ikea, Teh Dan Oak Perancis Antara Barang Yang Terkandas Di Terusan Suez | Sebuah kapal kontena telah tersekat menyebabkan sejumlah barangan seperti Ikea sehingga berpuluh ribuan haiwan ternakan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas maritim di Terusan Suez, Mesir.

Perabot Ikea, Teh Dan Oak Perancis Antara Barang Yang Terkandas Di Terusan Suez

Lebih daripada 360 kapal telah terdampar di Mediteranian iaitu di utara terusan serta di Laut Merah sejak kapal kontena raksasa MV Ever Given ini berada dalam kedudukan menyerong melintasi laluan perdagangan paling sibuk di dunia.

Terdapat banyak kapal terkandas di zon penahan sepanjang terusan di Mesir malah pakar industri juga telah menganggarkan jumlah nilai barang yang terkumpul di laut tersebut adalah mencecah $3bn dan $9.6bn.

Ikea, yang merupakan syarikat gergasi bagi peralatan dan perkakas rumah dari Sweden tersebut mengatakan lebih kurang kira-kira 110 kontena dari Ikea yang terdapat di kapal kontena Ever Given serta kapal-kapal tertumpu yang lain.

“Sekatan di Terusan Suez ini telah menjadi kekangan tambahan bagi situasi yang mencabar dan tidak stabil bagi rangkaian bekalan global yang disebabkan oleh wabak ini”, kata jurucakap Ikea kepada media.

Van Rees Group yang berpusat di Rotterdam berkata, kira-kira 80 kontena teh terkandas di laut dan di 15 kapal yang lain serta menyatakan bahawa mungkin berlaku ‘kekacauan’ di syarikat beliau kerana bekalan teh yang semakin mengering.

Dave Hinton, pemilik syarikat perkayuan di barat laut Inggeris mengatakan bahawa dia mempunyai kiriman kayu oak Perancis yang tersangkut di sebuah kapal.

“Oak tersebut dikirim dari Perancis untuk diproses kembali ke lantai veneer di China, dan ia dalam perjalanan kembali ke pelanggan di Britain”, kata Hinton.

Menurut Marrine Trafik, kira-kira 100 kapal yang sarat dengan minyak atau produk penapis berada di kawasan penahan pada hari Ahad. Malah, sekitar 130,000 ekor ternakan di 11 kapal dari Romania juga telah terkandas di terusan tersebut.

Mesir telah menghantar makanan ternakan dan tiga pasukan doktor haiwan untuk memeriksa ternakan yang tersangkut di laut, yang rata-ratanya menuju ke Jordan.

Sejak 150 tahun yang lalu, Terusan Suez menjadi antara laluan perdagangan yang terpenting di dunia serta memberi 10 peratus kepada perdagangan laluan antarabangsa. Hampir 19,000 kapal melepasi laluan ini tahun lalu dengan jumlah berat melebihi 1.17 billion tan, menurut pihak berkuasa.

Sumber: The Guardian

Share.

Leave A Reply