Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB | Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah program yang wujud oleh SPNB untuk bantu rumah tangga untuk bina rumah yang selesa. Program ini membantu isi rumah yang berada di bawah RM 5,000 yang tidak punyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi punyai tanah untuk membina rumah sendiri yang kekal dan selesa.

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah firma milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB yang diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.

Dalam artikel ini akan diberi dengan lebih lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat, syarat kelayakan serta cara membuat permohonan.

Apakah Rumah Mesra Rakyat?

Program ini diwujudkan oleh Syarikat Pembangunan Nasional Berhad (SPNB) bagi membantu mereka yang berpendapatan isi rumah tidak lebih dariRM5,000 yang tidak punyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi punyai tanah untuk membina rumah sendiri yang kekal dan selesa.

SPNB akan membina Rumah Mesra Rakyat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan di bawah.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mesti berumur 18 sehingga 65 tahun.
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mesti peroleh kebenaran dari tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
  • Keperluan penama kedua berumur 18-43 tahun bagi pemohon yang berumur lebih dari 42 tahun di seluruh Malaysia.
  • Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.

Harga & Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat

Konsep binaan RMR adalah rumah sebuah 1 tingkat dengan 3 bilik dan 2 bilik air.

Harga RMR adalah seperti berikut:

Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Pemohonan RMR boleh dibuat secara online atau manual.

Borang manual boleh anda dapati di Cawangan SPNB dan diberi kembali kepada SPNB selepas permohonan lengkap.

Bagi membuat permohonan online, sila rujuk cara berikut:

  1. BUKA LAMAN WEB – Layari Portal RMR
  2. KLIK PENDAFTARAN BARU – Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
  3. PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN – Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
  4. LOG MASUK KE LAMAN UTAMA – Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
  5. MELENGKAPKAN BORANG ONLINE – Isi maklumat ke dalam sistem
  6. SELESAI MENGISI BORANG ONLINE – Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
  7. MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB – Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan

Rujuk manual lengkap di pautan di bawah: https://rmr.spnbonline.com.my/Manual_Pengguna_RMR.pdf

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu untuk permohonan Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  4. Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar

NOTA:

  • Surat Pengesahan pendapatan/ tidak miliki rumah/ miliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa

Semakan Status Kelulusan

Mengikut prosedur, maklum balas akan diberi dalam tempoh tiga (3) bulan.

Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diberi adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat SPNB, rujuk laman web rasmi di sini.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
E-mel: [email protected]

SENARAI CAWANGAN

CAWANGAN KEDAH
No.28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah.
Tel: 04-450 0375 / 04-450 0376
Faks: 04-450 0379
E-mail: [email protected]

CAWANGAN MELAKA
No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
Tel: 06-336 9751 / 06-336 9752
Faks: 06-336 9753
E-mail: [email protected]

CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel: 06-601 4498 / 06-601 4350
Faks: 06-601 3507
E-mail: [email protected]

CAWANGAN TERENGGANU
No.K-5,Ruang Niaga Semarak Felda, Komplek Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-666 0010 / 09-666 0054
Faks: 09-662 7312
E-mail: [email protected]

CAWANGAN PERAK
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
Tel: 05-526 4188 / 05-526 3876
Faks: 05-526 4319
E-mail: [email protected]

CAWANGAN PAHANG
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
Faks: 09-573 3666
E-mail: [email protected]

CAWANGAN JOHOR
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-225 9900 / 07-225 9911
Faks: 07-222 3233
E-mail: [email protected]

CAWANGAN KELANTAN
No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
Tel: 09-788 6546 / 09-788 7545, 09-788 6546 / 09-788 7545
Faks: 09-788 5545
E-mail: [email protected]

CAWANGAN SARAWAK
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-23 0032 / 082-24 0032
Faks: 082-23 0055
E-mail: [email protected]

CAWANGAN SABAH
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
Tel: 088-79 1610 / 088-79 1612
Faks: 088-79 1613
E-mail: [email protected]

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal di sini.

Share.

Leave A Reply