Semakan Wang Tak Dituntut Secara Online eGUMIS 2023 | Wang tak dituntut ialah wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak diguna pakai oleh empunya dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh tahun maka ianya telah disebut sebagai wang tak dituntut.
Bagi memudahkan urusan semakan wang tak dituntut, Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah buat satu portal eGUMIS yang bantu orang ramai membuat semakan ini secara atas talian (online).
Laporan akhbar Berita Harian pada April 2023 umumkan jumlah baki wang yang tidak dituntut di Jabatan Akauntan Negara Malaysia adalah RM11 bilion dalam hujung Mac lalu.
Dengan adanya portal eGUMIS ini, sudah pasti anda dapat membuat semakan wang tidak dituntut dengan mudah secara online.
Seterusnya, anda juga boleh tengok info terkini yang tepat dari kamiĀ di sini.
Apa Itu Wang Tidak Dituntut?
Wang tak dituntut bermaksud;
1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun sebagai contoh gaji, upah, bonus, dividen, simpanan tetap yang telah matang.
2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak diakses oleh empunya dengan cara apapun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh tahun. Contohnya ialah akaun simpanan, akaun semasa, simpanan tetap,
3. Wang dalam kredit sesuatu akaun niaga yang telah tidak diakses melalui apa- apa urusan dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun. Contoh di bawah ini ialah akaun pemiutang dagangan dan akaun penghutang dagangan berbaki kredit.
Contoh-contoh Wang Tak Dituntut
- Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
- Dividen;
- Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
- Tuntutan insurans yang telah lulus untuk bayaran;
- Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang punyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
- Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan) yang telah matang;
- Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu telah dikutip;
- Pemiutang atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
- Akaun simpanan;
- Akaun semasa;
- Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik)
- Akaun pemiutang dagangan;
- Akaun penghutang dagangan berbaki kredit.
Sebenarnya ramai yang tak tahu mereka miliki wang tak dituntut. Laporan akhbar Kosmo pada tahun lalu umumkan seorang pengunjung baru ketahui bahawa beliau miliki wang yang tidak dituntut lebih kurang RM12,000 hasil pemeriksaan di kaunter Wang Tak Dituntut (WTD).
Cara Semakan Wang Tidak Dituntut
Semakan Wang Tak Dituntut boleh dibuat sendiri melalui kaedah berikut;
- Di kaunter Pejabat Pendaftar WTD; atau
- Pejabat Negeri dan Cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia; atau
- Semakan pada Warta Kerajaan yang berada di Perpustakaan Negara Malaysia; ataupun
- Portal Jabatan Akauntan Negara
Semakan WTD secara Online eGumis
Pemohon boleh membuat semakan WTD secara dalam talian dengan ikuti langkah- langkah seperti berikut:
- Layari pautan portal Jabatan Akauntan Negara
- Buat pendaftaran secara atas talian.
- Log masuk portal dengan kata laluan yang dibuat.
- Kemaskini maklumat pemohon.
- Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut (jika ada)
Langkah 6: Klik “Cetak”, jika perlu.
Siapa yang boleh buat semakan WTD secara online?
Individu dan firma boleh membuat semakan Wang Tak Dituntut secara dalam talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran firma.
Permohonan Tuntutan WTD Secara Online
Permohonan tuntutan diberi kepada pihak berikut:
- Empunya/pemilik WTD sendiri;
- Pentadbir harta pusaka (wasi) yang berada dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
- Pelikuidasi yang mewakili firma yang sedang dalam proses penggulungan
- Individu atau firma yang berada dalam Perintah Mahkamah; atau
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi firma yang bubar atau individu bankrap
Borang Permohonan Tuntutan dalam talian mesti lengkap setelah proses semakan WTD dan pengguna eGUMIS boleh membuat pilihan rekod WTD yang ingin dituntut.
Pemohon perlu memuat naik dokumen yang penting bagi tujuan mengemukakan Borang Permohonan Tuntutan Bayaran Balik WTD.
Pengguna eGUMIS boleh membuat Tuntutan WTD secara dalam talian dengan ikuti langkah seperti berikut:
Langkah 1: Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
Langkah 2: Klik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut (jika perlu)
Langkah 3: Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”
Langkah 4: Klik pada “Tambah Penerima” untuk isi perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang diberi. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, isi maklumat perbankan dan klik “Simpan”.
Langkah 5: Muat naik dokumen penting bagi kategori “MANDATORI”
Langkah 6: Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk hantar permohonan tuntutan.
Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DISAHKAN.
Langkah 7: Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.
Permohonan Tuntutan Individu
1. Sekiranya individu yang ingin membuat permohonan Wang Tak Dituntut (WTD) bagi jenis Insurans, Gaji, Dividen, Deposit, Cagaran, Akaun Dagangan, Legasi, dan dokumen lain yang diperlukan adalah sebagaimana berikut;
Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 eGUMIS
2. Salinan dokumen pengenalan diri (hadapan dan belakang)
3. Salinan muka hadapan buku akaun / penyata bank aktif yang jelas dan lengkap dengan nama penuh pemohon, nombor akaun bank dan nama bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)
Nota: Akaun Tabung Haji/akaun pelaburan/akaun pinjaman tidak dibenarkan
4. Surat Pengesahan ASAL dari firma yang menyerahkan WTD kepada Pendaftar (sekiranya maklumat eGUMIS tidak sama dengan maklumat pemohon/ pengenalan diri empunya) lengkap mengikut format yang ditetapkan.
Nota: Dokumen ASAL perlu dikemukakan melalui kaunter / pos berdaftar dalam tempoh 07 hari dari tarikh permohonan online dikemukakan
Sumber: Portal Jabatan Akauntan Negara