13 Tempat Makan Malam Best di Seri Iskandar, Perak | Seri Iskandar adalah sebuah bandar yang pesat membangun di daerah Perak Tengah, Perak. Bandar ini memiliki tempat makan yang ramai masih yang tak tahu.
Jadi kami bawakan kepada anda, 13 tempat makan best di Seri Iskandar, Perak yang anda boleh singgah.
1. RESTORAN D’ SEPIT BIRU – MAKAN MALAM
Korang craving nak makan Shellout pada waktu malam? Korang kena cuba datang ke restoran ini. Restoran D’ Sepit Biru adalah salah satu restoran yang popular dengan Shellout yang segar dan lazat. Restoran ini amatlah sesuai bagi seisi keluarga dan rakan korang kerana portionnya cukup banyak, boleh dimakan oleh empat hingga lima orang dan harganya amatlah berpatutan. Bagi seafood lover, korang pasti akan suka punya.
Lokasi Restoran D Sepit Biru ini di 412 & 413, Persiaran SIBC 16, 32610 Seri Iskandar, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin, Sabtu hingga Khamis pada 12:30 tengahari hingga 10 malam dan Jumaat pada 2:30 petang hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-4015522.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Dsepit-BIRU-100063493575933/
2. CHE’GU CAFE, RESTAURANT & CATERING – MAKAN MALAM
Bagi korang yang tak tahu nak makan apa, korang boleh cuba makan di Che’gu cafe. Restoran ini pernah dipromosikan oleh JJCM TV3, Sinar Harian dan Tourism Perak kerana harga berpatutan, padu, selesa dan juga santai. Dekat sini, mereka menyediakan hidangan Western dan Local yang korang boleh pilih seperti Mix Grill, Nasi Goreng Chicken Chop, Chicken Grill Cheese dan banyak lagi. Korang pasti akan puas hati.
Lokasi restoran ini di 411 & 410 Persiaran SIBC 16 Seri Iskandar, 32600 Bota, Perak dan dibuka pada setiap hari, Sabtu hingga Khamis pada 3:30 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-4334310.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/chegucafe/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/chegucafe/
3. THE BLACK CARAVAN (SERI ISKANDAR) – MAKAN MALAM
Kalau korang bosan makan makanan Local, korang boleh cuba di The Black Caravan (Seri Iskandar). Restoran ini adalah salah satu tempat makan malam yang best ada disini. Kalau korang nak tahu, mereka menyediakan banyak menu Western yang semestinya menyelerakan. Antara menu yang menjadi pilihan disini ialah Grilled Chicken, Buttermilk Chicken, Salted Egg Pasta dan Mac n Cheese. Memang rugi kalau tak rasa.
Lokasi The Black Caravan (Seri Iskandar) ini di 36, Jln PP 5, Bandar Universiti, 31750 Seri Iskandar, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Ahad dan Isnin pada 4 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-5428808.
WEBSITE PAGE: https://the-black-caravan-seri-iskandar.business.site/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/theblackcaravan/
4. RESTORAN BAMBOO HOUSE SERI ISKANDAR – MAKAN MALAM
Restoran ini adalah salah satu tempat makan malam yang popular disini. Dekat sini, mereka menyediakan pelbagai makanan seperti Western dan juga Local. Kalau korang ada di restoran ini tapi masih tak tahu nak makan apa, korang boleh cuba Tom Yam mereka. Memang rasa kaw kaw, korang pasti akan suka punyalah. Dari segi portion dan harga pula, memang banyak dan cukup berpatutan.
Lokasi restoran ini di NO 143, Persiaran SIBC 9, Bandar Seri Iskandar, 32600 Bota, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa pada 2 petang hingga 10:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah boleh hubungi: 019-5242384.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/SeriIskandarBambooHouse/
Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Seri Iskandar ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Seri Iskandar, Perak. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!