13 Tempat Makan Malam Best di Tapah, Perak | Tapah adalah sebuah bandar kecil di daerah Batang Padang, Perak. Oleh kerana Tapah ini terletak di antara kawasan hutan, ia menawarkan pelbagai tarikan yang popular dengan keindahan alam semulajadi dan fauna eksotik. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai sungai-sungai yang sesuai dijadikan sebagai aktiviti rekreasi seperti berkhemah.
Korang lapar pada waktu malam tapi tak tahu nak makan apa? Jangan risau. Kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best di Tapah, Perak.
1. MEE REBUS TAPAH – MAKAN MALAM
Kalau korang ada di Tapah, korang wajib singgah makan malam di Mee Rebus Tapah. Mee Rebus Tapah adalah satu salah hidden gems yang berjaya memikat hati orang ramai. Dekat sini terdapat banyak jenis Mee Rebus yang korang boleh pilih seperti Mee Rebus Daging dan Mee Rebus Ayam. Korang pun boleh cuba juga Mee Rebus Tulang yang merupakan tarikan utama disini. Makanan sedap dan harga pun berpatutan. Bagi yang suka Mee Rebus, boleh cuba singgah disini. Korang pasti akan berselera punya.
Lokasi Mee Rebus Tapah ini di Persiaran Seri Kelana 1, 35000 Tapah, Perak dan dibuka pada setiap hari pada 6 pagi hingga 12 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 011-20756875.
2. TAPAH STATION CAFE – MAKAN MALAM
Korang craving nak makan makanan Western dan Local? Korang boleh kunjungi ke Tapah Station Cafe. Kafe ini menawarkan menu Western dan Local yang pelbagai. Antaranya ialah Chicken Chop, Lamb Chop, Sotong Gergasi, Nasi Goreng dan banyak lagi. Makanan disini semestinya berkualiti dan harga pun sangat berpatutan untuk penduduk tempatan. Korang kena rasa sendiri kelazatannya.
Lokasi kafe ini di 19, Jalan Stesen, 35000 Tapah, Perak dan dibuka pada setiap hari pada 11 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 017-3696489.
WEBSITE PAGE: https://tapahstationcafe.business.site/
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/TSC-Tapah-Stesen-Cafe-100063660872656/
3. KEDAI MAKAN RM2 TAPAH ROAD – MAKAN MALAM
Korang lapar tapi tengah berjimat? Jangan risau, korang boleh datang ke Kedai Makan RM2 Tapah Road. Ini bukan mimpi tapi nyata, kedai ini memang menawarkan menu makanan dengan harga serendah RM 2 sejak 2019 lagi meskipun semakin hari harga barang semakin meningkat. Walaupun RM2 tapi kualiti, kuantiti dan rasa memang terbaik. Dekat sini terdapat banyak menu yang korang boleh pilih yang pasti mengenyangkan. Jadi, korang memang akan rugilah kalau tak singgah makan dekat sini.
Lokasi kedai makan ini di NO 10 UNI SENTRAL JLN TMN UNI 1 KM8, 35400 Tapah Road, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat pada 2 petang hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 016-7500744.
FACEBOOK PAGE: https://ms-my.facebook.com/p/KEDAI-MAKAN-RM2-100063761012003/
4. ERYNA SUP DARAT – MAKAN MALAM
Bagi penggemar sup, korang kena cuba di Eryna Sup Darat. Korang akan puas hati punya kerana sudah ramai yang mencuba makan disini. Restoran ini bukan sahaja menawarkan sup yang sedap tapi sup ini juga tak ada rasa lemak melekat di bibir. Bukan setakat sup je tau ada tapi banyak lagi menu makanan yang ditawarkan seperti Ikan Bakar, Daging Bakar Danok, Makanan Goreng-Goreng dan banyak lagi. Cubalah, serius sedap…
Lokasi Eryna Sup Darat ini di Lot 396 @ Sup Darat jln Pahang, kg Pahang, Tapah, Tapah, Malaysia dan dibuka pada setiap hari, Sabtu hingga Khamis dibuka pada 12:30 tengahari hingga 10 malam dan Jumaat pada 2:30 petang hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah boleh hubungi: 019-862 9249
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/erynasupdarattapah/
Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Tapah ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Tapah, Perak. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye.