13 Tempat Makan Best Sarapan di Tanah Merah, Kelantan | Bandar Tanah Merah terletak di tepi landasan kereta api dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara. Tanah Merah juga dikenali bandar kedua di negeri Kelantan selepas Kota Bharu. Dekat sini terdapat banyak port-port makan yang best yang korang boleh singgah.

Sementara berehat di Tanah Merah sebelum teruskan perjalanan anda boleh lah mencari tempat untuk sarapan. Tapi dimana port makan yang best untuk sarapan di Tanah Merah? Berikut merupakan 13 tempat makan best di Tanah Merah yang anda harus cuba.

 

1. ROTI CANAI CIKGU – SARAPAN

Roti canai cikgu adalah kedai sarapan yang boleh korang singgah kalau korang cari kedai sarapan pagi yang hidang roti canai yang sedap. Dekat sini, roti canai mereka sangat popular dan menu bestseller kat kedai mereka. Rata-rata pengunjung yang datang semua akan pesan roti canai. Roti canai mereka sangat lembut, garing dan tidak berminyak.

Harga pon murah dan sangat recommended. Ada juga menu lain dekat sini kalau korang nak cuba makanan lain. Bolehlah korang ajak family dan kawan korang datang cuba breakfast kat sini.

Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 237-238, Jln Pasir Mas – Tanah Merah, Taman Barakah, 17500 Tanah Merah, Kelantan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari dan 24 jam. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:  019-939 6212.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/RotiCanaiCikgu/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/roti.canai.cikgu/

 

2. AGIP CAFE – SARAPAN

Ini juga salah satu port breakfast yang sangat terkenal dekat Tanah Merah. Antara menu yang ada dekat sini yang korang boleh try ialah roti canai, roti titab, roti telur, nasi lemak aneka lauk, nasi kerabu, nasi dagang, roti bakar tleur leleh dan banyak lagi. Suasana kedai yang tenang dan bersih pasti akan buat korang selesa nak makan dekat sini. Parking pon luas dan mudah dicari.

Rancang nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Taman Barakah, 17500 Tanah Merah, Kelantan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 9 pagi sehingga 10 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:  013-931 5494.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/agipcafe/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/agipcafetm/

 

3. KARAT ENGLAND CAFE – SARAPAN

Kalau korang nak breakfast suasana kedai yang best, selesa dan tenang, korang wajib singgah ke sini. Semua makanan breakfast diorang premium tetapi harga marhaen. Hujung minggu kalau dah bosan asyik breakfast tempat yang sama, boleh datang ke sini untuk cuba menu sarapan pagi mereka yang sedap dan lazat. Pasti akan memikat hati korang

Antara menu yang bestseller kat sini, nasi lemak hijau dengan telur mata, roti bakar kacang pool, set English breakfast, lontong, roti canai, roti bakar dengan kacang panggang dan pelbagai lagi menu menarik yang ada dekat sini.

Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di BANDAR BARU KOTA HARMONI, *SEBELAH HONDA / EMAS MADINAH, Jalan Suria, TAMAN KOTA HARMONI, 17500 Tanah Merah, Kelantan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 8 pagi sehingga 11 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 013-922 6691.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/karatenglandcafe/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/karatenglandcafe/

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Tanah Merah ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply