Pertama Kali Dalam Sejarah Pesawat Israel Dilihat ‘Mendarat’ Di Riyadh, Arab Saudi | Dunia muslim dikejutkan lagi dengan satu perkhabaran tergempar dimana sebuah pesawat peribadi dipercayai dari Israel dilaporkan mendarat di Riyadh, Arab Saudi pada pagi Selasa yang lalu, lapor KAN news.
Pesawat peribadi tersebut dikatakan menjadi pesawat pertama dari Israel yang dibenarkan mendarat di tanah Arab Saudi.
Hal tersebut muncul selepas ia dikaitkan dengan perbincangan mengenai hubungan serantau diantara Arab Saudi dan Israel dan antara perkara terbaru yang terjadi sejak Israel membuat perjanjian untuk menjalinkan hubungan baik dengan empat negara Islam iaitu UAE, Bahrain, Maghribi dan Sudan sejak perjanjian Abraham 2020 dimeterai.
Walaupun masih tiada penerbangan komersial diantara Arab Saudi dan Israel, kerana kedua-dua negara tidak menjalinkan ikatan, penerbangan itu merupakan kemajuan besar dalam hubungan Saudi-Israel, kerana kedua-dua negara akhirnya membuka ruang udara mereka antara satu sama lain bermula tahun lalu.
Dikelilingi dengan negara-negara yang pernah berperang dengan Israel pada masa lalu, perjalanan udara bebas bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh di Israel.
Seiring dengan normalisasi 2020 hubungan bersama Bahrain, Sudan, Maghribi dan UAE, ruang udara Israel dibuka, begitu juga dengan pengumuman penerbangan terus ke Dubai, Maghribi dan Bahrain.
Sebelum pembukaan ruang udara Arab Saudi, pesawat El Al terpaksa mengikuti laluan yang jauh dan berliku untuk ke Mumbai bagi mengelakkan dari masuk ke ruang udara Arab Saudi. Perjalanan itu menambah kira-kira dua jam perjalanan dari Tel Aviv.
Antara negara-negara yang masih melarang pesawat Israel melakukan penerbangan terus atau melalui ruang udara mereka adalah Afghanistan, Algeria, Bangladesh, Brunei, Iran, Iraq, Kuwait, Lubnan, Libya, Malaysia, Maghribi, Oman, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Somalia, Syria, Tunisia dan Yaman.
Sumber: The Jurusalem Post