Pesara Kerajaan Ditemui Maut Dalam Keadaan Terbaring Dan Reput Di Apartmen | Seorang lelaki dipercayai merupakan pesara kerajaan ditemukan maut dalam keadaan reput dan terbaring di dalam sebuah apartmen di Damansara Damai di sini, baru-baru ini. 

Pesara Kerajaan Ditemui Maut Dalam Keadaan Terbaring Dan Reput Di Apartmen

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang lelaki yang menjumpai mayat itu pada jam 3.40 petang.

Siasatan awal polis mendapati mangsa masih bujang dan berusia 63 tahun.

Pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dikhabarkan turut hadir ke tempat kejadian dan membuat penilaian mangsa telah meninggal dunia dalam satu tempoh yang agak lama.

Ujar Mohamad Fakhrudin, mayat dilaporkan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Setakat ini polis mendapati tiada unsur-unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kesini boleh menghubungi hotline Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply