Pesawat Boeing 737 Ethiopian Airlines Terhempas, Nasib 157 Penumpang Dan Anak Kapal Tidak Diketahui.|NAIROBI: Sebuah pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines terhempas pagi ini ketika dalam perjalanan dari ibu kota Addis Ababa ke Nairobi, Kenya bersama 149 penumpang dan lapan kru, kata syarikat penerbangan itu.

Pejabat Perdana Menteri Abiy Ahmed menulis tweet mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Kami mengesahkan penerbangan berjadual kami ET 302 dari Addis Ababa ke Nairobi terbabit dalam nahas hari ini.

“Dipercayai ada 149 penumpang dan lapan kru berada di dalamnya namun kami sedang mengesahkan butiran penumpang penerbangan itu,” kata syarikat dalam satu kenyataan.

Syarikat penerbangan itu berkata, operasi mencari dan menyelamat sedang diusahakan dan pihaknya tiada maklumat disahkan mengenai mangsa terselamat atau kematian.

Pesawat itu berlepas jam 8.38 pagi waktu tempatan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bole dan ‘terputus hubungan’ enam minit kemudian berhampiran Bishoftu, bandar sejauh 60 kilometer di tenggara Addis Ababa menggunakan jalan raya. -AFP

“Pejabat Perdana Menteri, bagi pihak kerajaan dan rakyat Etiopia, melahirkan rasa duka cita kepada keluarga yang kehilangan tersayang dalam nahas Ethiopian Airlines Boeing 737 yang dalam penerbangan ke Nairobi, Kenya pagi ini.”

Menurut portal Flightradar24, pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta jam 10.25 pagi waktu tempatan.

Pesawat Boeing 737 MAX 8 itu didakwa baru digunakan sekitar empat bulan lalu.

Share.

Leave A Reply