Pesawat Terhempas Mengorbankan 10 Penumpang. | Sebuah pesawat komersial, South Supreme Airlines HK 4274 terhempas di Sudan Selatan pada Selasa malam telah mengakibatkan kesemua 10 penumpang maut.

Menurut Gabenor negeri Jonglei, Denay Jock Chagor berkata mangsa termasuk lapang penumpang dan dua juruterbang. Nahas berlaku ketika pesawat tersebut berlepas dari bandar Pieri di negeri Jonglei dalam penerbangan menuju ke Juba.

Bagaimanapun, Pengarah South Supreme Airline memaklumkan sehingga kini mereka masih tidak jelas berapa banyak orang yang berada dalam penerbangan tersebut.

Pihak mereka menerima maklumat pertama bahawa ada 11 orang di dalamnya. Namun, mereka masih berusaha dan menghantar pasukan carian untuk membuktikan fakta tersebut sahih. Kesemua penumpang terkorban.

Gabenor negara tersebut mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut.

Sumber : Siakapkeli

Share.

Leave A Reply