Pfizer, AstraZeneca Dapat Cegah Covid-19 Varian Dari India | Program vaksinasi kini sedang giat dijalankan kerajaan susulan peningkatan wabak Covid-19 dalam kalangan masyarakat di negara ini. Vaksin yang ‘sering’ digunakan di Malaysia dalam program vaksinasi kebangsaan seperti Pfizer serta AstraZeneca telah dibuktikan berikutan dilaporkan 88 peratus pengambil vaksin Pfizer berkesan terhadap varian B16172 atau dikenali varian India selepas menerima dos kedua vaksin.

Pfizer, AstraZeneca Dapat Cegah Covid-19 Varian Dari India

AstraZeneca pula dilaporkan 60 peratus berkesan terhadap varian jenis India selepas dapatan kajian yang dijalankan  satu kajian Agensi Kesihatan Awam England yang didedahkan Menteri Kesihatan Britain, Matt Hancock. baru-baru ini.

Jelas beliau lagi, kedua-dua jenis vaksin terbabit juga dikatakan berkesan terhadap varian lain seperti varian B117 menerusi laporan media tempatan Britain.

Laporan tersebut turut mendedahkan bagi strain jenis B117, Pfizer mempunyai keberkesanan yang meliputi 93 peratus manakala 66 peratus bagi AstraZeneca namun ia dilaporkan berkesan jika telah mengambil dua dos suntikan.

Tambah Hancock, menerusi dapatan kajian yang telah diperoleh, ia akan menambahkan lagi keyakinan terhadap keberkesanan vaksin supaya perancangan lanjut dapat dijalankan engikut jadual serta kelonggaran sekatan juga dapat direalisasikan.

Sebelum ini, UK menjadi negara terawal serta terpantas dalam menjalankan program vaksinasi  namun dilaporkan  terdapat cabaran kerana berdepan dengan penemuan kes membabitkan varian India yang mudah berjangkit. Kerajaan United Kingdom turut mengatakan bahawa mereka bakal melonggarkan beberapa sekatan lagi selepas ini bermula 21 Jun.

Data terbaharu juga menunjukkan kes yang dicatatkan oleh UK melibatkan Covid-19 telah meningkat 10.5 peratus dalam tempoh tujuh hari sehingga 22 Mei.

Perdana Menteri, Boris Johnson dikatakan telah mengarahkan usaha bagi mempercepatkan pemberian dos kedua kepada golongan berisiko seperti berusia lebih 50 tahun dan mereka yang rentan.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply