Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Pilihan Raya Waktu Covid. Ini Perkara Yg Tak Boleh Dilakukan Semua Parti Politik. | Sebarang kegiatan, perhimpunan atau majlis sosial sepanjang tempoh perjalanan PRN Melaka – termasuk ketika kempen – adalah tidak dibenarkan, menurut Kementerian Kesihatan.

Dalam kenyataan hari ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia bagi mengelakkan peningkatan kes dan kluster Covid-19 yang berisiko tinggi menular dalam perhimpunan atau majlis sosial yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“KKM menjangkakan banyak perhimpunan serta majlis sosial berkaitan dengan pilihan raya yang akan diadakan melibatkan ramai individu berkumpul dari seluruh negara.

“Memandangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 masih tinggi, terutama dengan penularan varian Delta dalam komuniti dan peningkatan bilangan kes Covid-19 baru yang dilaporkan, aktiviti tersebut akan meningkatkan lagi risiko penularan jangkitan Covid-19 dalam komuniti.

“[…] Sehubungan itu, bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 dan peningkatan kes mendadak, sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya adalah tidak dibenarkan, termasuklah penganjuran majlis pelancaran jentera pilihan raya,” katanya.

Dia berkata larangan itu berkuatkuasa pada 25 Oktober 2021 hingga 27 November 2021.

PRN Melaka akan berlangsung pada 20 November, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 18 November.

Tempoh hari berkempen adalah selama 12 hari bermula hari penamaan calon.

Khairy berkata, larangan itu dibuat berdasarkan peruntukan di bawah subperaturan 10(1) Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah- Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 [P.U.(A) 293/2021] yang dibuat di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Menurut subperaturan itu, “tiada seorang pun boleh, semasa dalam mana-mana fasa yang ditetapkan, berhimpun atau terlibat dalam apa-apa perhimpunan di dalam mana-mana premis di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan sama ada bagi maksud keagamaan, perkahwinan, sukan, rekreasi, sosial atau kebudayaan.”

Dia berkata lagi, larangan itu juga selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan (senarai negatif) di bawah Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara iaitu: “Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.”

“Semua pihak dikehendaki mematuhi peraturan, SOP dan arahan yang telah ditetapkan demi memastikan penularan jangkitan Covid-19 dapat mencegah peningkatan kes dan kejadian kluster,” katanya lagi.

Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan pada 4 Oktober susulan cubaan rampasan kuasa yang tidak berjaya oleh empat Adun.

Pilihan raya seumpama itu di Sabah pada tahun 2020 telah mengakibatkan kebangkitan gelombang Covid-19 di seluruh negara.

Sumber : Malaysiakini

Share.

Leave A Reply