Lelaki Berputih Mata, Wang Disembunyi Dari Isteri Rosak Digigit Tikus | Niat seorang lelaki yang ingin menyembunyikan wang dari pengetahuan isterinya bertukar tragis selepas wang yang disimpan olehnya di dalam kereta dilaporkan telah rosak dimakan tikus.

Lelaki Berputih Mata, Wang Disembunyi Dari Isteri Rosak Digigit Tikus

Menerusi laporan  Liputan6, lelaki yang berasal dari Thailand tersebut memilih untuk menyembunyikan wang di dalam kereta yang dipercayai miliknya kerana merasakan bahawa ia tidak akan ditemui oleh isterinya.

Walaubagaimanapun, tindakannya tersebut dilihat memakan diri selepas sebahagian besar wang yang disimpannya itu berada dalam keadaan yang tidak dapat digunakan lagi.

Dianggarkan bahawa jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung lelaki tersebut adalah bernilai 45,000 Baht (RM5,626) yang telah disembunyikan di dalam bahagian enjin kereta itu dan dikhabarkan hal tersebut sudah diketahui isterinya.

Difahamkan kereta tersebut turut mengalami kerosakan akibat daripad kehadiran tikus-tikus tersebut.

Telah tular satu video di media sosial berkenaan lelaki terbabit dan isterinya yang dilihat mengeluarkan wang dari kereta selepas menyedari bahawa ia ‘diserang’ tikus.

Lelaki Berputih Mata, Wang Disembunyi Dari Isteri Rosak Digigit Tikus

Menerusi video tersebut, beberapa netizen yang meninggalkan komen di video terbabit rata-ratanya memberikan nasihat kepada lelaki itu agar segera menukarkan wang yang telah rosak di Bank of Thailand. Menurut mereka, pertukaran wang boleh dilakukan sekiranya syarat dipenuhi.

Sumber: Liputan 6

Share.

Leave A Reply