Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

PKPB. Ditanya Bila Masjid Akan Dibuka? Ini Jawapan PM | Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) bagi membolehkan solat berjemaah di masjid sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, SOP berkenaan akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja untuk diperkenankan.

Menurutnya, ramai umat Islam rindu ke masjid, terutama mendirikan solat Jumaat, Tarawih dan lima waktu.

“Kita doakan keadaan akan bertambah baik tambahan pula sudah banyak kawasan hijau di seluruh negara.

“Dengan pelaksanaan SOP yang teratur, saya percaya masjid sudah bersedia untuk dibuka kepada ahli kariah dan beri sedikit masa kepada pihak berkuasa agama Islam untuk memperhalusi SOP berkaitan.

“Dalam masa terdekat ini kita boleh menunaikan ibadat kita dengan lebih sempurna dan syiar Islam akan bersinar semula,” katanya dalam Perutusan Khas, hari ini.

Selain itu, Muhyiddin berkata, SOP khusus untuk rumah ibadat lain juga sedang diperhalusi bagi membolehkan penganut agama lain beribadah di rumah ibadat masing-masing.

Jumaat lalu, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) membincangkan pelbagai perkara termasuk mengenai solat Tarawih dan Aidilfitri dalam tempoh PKPB.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkanberkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah memberikan pandangan serta nasihat sewajarnya berhubung perkara berkenaan untuk diperhalusi kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

sebelum ini memaklumkan, pembukaan semula rumah ibadat berpandukan kepada nasihat dan saranan KKM.

Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergeraka (PKP) dan PKPB, masjid dan rumah ibadat tidak dibuka kepada umum bagi mengelak perhimpunan dalam jumlah yang ramai.

Sumber : MyMetro

Share.

Leave A Reply