PLKN 2024: Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (Fasa 1 & 2) | Program Latihan Khidmat Negara atau PLKN ialah sebuah kursus latihan yang dianjur oleh agensi kerajaan persekutuan Malaysia. Ia mula diusul pada 2002 dengan adanya Jabatan Latihan Khidmat Negara, dan memulakan program pada 2004. Pelaksanaannya pernah ditangguhkan pada 2015 dan muncul semula pada 2016, dengan anggaran pelaksanaan penuh pada 2019.
Terkini diumum bahawa PLKN 3.0 (Program Latihan Khidmat Negara) akan diteruskan dengan idea yang baharu. Tahukah anda apakah itu Program Latihan Khidmat Negara dan bagaimanakah ianya dilaksanakan sebelum ini? Apakah pula langkah baharu yang akan dibuat nanti?
Pengenalan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
PLKN mula muncul pada Disember 2003 sebagai program yang memberi modul latihan selama tiga bulan. Program ini punyai modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat orang ramai.
Struktur Latihan Khidmat Negara seperti latihan asas Ketenteraan yang punyai aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak seperti sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan dan banyak lagi.
Sementara itu, elemen Khidmat Masyarakat seperti program keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan banyak lagi.
Pelaksanaan PLKN 3.0
PLKN yang akan berlaku kali ini akan dibuat di kem tentera dan ia tidak akan perlu masa yang lama seperti dahulu.
Bagi pelaksanaan kali ini, lebih kurang 13 kem wataniah seluruh negara akan digunakan. Satu kem Pusat Latihan Polis (Pulapol) boleh dibuat latihan selama 45 hari yang boleh tampung 4,000 orang untuk setahun.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan membuat modul latihan ala ketenteraan sekitar 90% dan modul kenegaraan sekitar 10%. Selain itu, lokasi latihan yang akan dibuat di kem-kem latihan milik kerajaan seperti Kem Wataniah AngkatanTentera Malaysia (ATM), kem latihan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ketika ini, idea untuk lancar semula PLKN 3.0 masih berada di jawatan kuasa. Setakat ini, kementerian belum usulkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kabinet.
Bagaimanapun, beliau berkata, laksana semula PLKN 3.0 adalah satu perkara yang wajib bagi membina jati diri dan semangat patriotisme kepada generasi akan datang.
Katanya lagi, 90 peratus modul yang akan diguna adalah melalui ketenteraan dalam aspek disiplin dan fizikal. Manakala 10 peratus lagi seperti nilai kenegaraan Malaysia.
Sebanyak 13 kem tentera Wataniah dengan kapasiti untuk tampung seramai 20,000 pelatih diguna untuk latihan selama 45 hari – tempoh yang lebih singkat tidak seperti tiga bulan sebelum ini. Satu jawatan kuasa khas ditubuhkan Mindef untuk mengkaji bagaimana cara menghidupkan semula PLKN dengan acuan baharu.
Siapa Yang Terlibat?
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata Fasa 1 adalah untuk pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM). Silibus ini punyai kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap akan diperkasakan pada tahap lebih tinggi.
Katanya, pelajar Tingkatan Lima yang dikecualikan dari latihan di Fasa 1 bagi memberi laluan kepada mereka untuk memberi ruang tempuhi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mereka akan sertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah sedia ada.
“Jawatankuasa yang sudah dipilih itu memberi usul kepada pihak kementerian dan kementerian memohon supaya ia diubah kepada satu tahap yang mana melihat kepada kepentingan sertai PLKN dari waktu sekolah lagi dan bukan saja fasa selepas sekolah.
“PLKN Fasa 1 perlu dibuat di fasa sekolah, apabila PLKN Fasa 2 pula selepas fasa sekolah, iaitu selepas peperiksaan SPM.
Selepas belia akhiri PLKN ini, agensi lain akan mencari peserta ini sebagai kesinambungan kelahiran mereka dari program ini.
Sementara itu, ramai yang ingin tahu tentang had usia 35 tahun dalam program ini.
Sebenarnya, memang ada klausa yang menyatakan bahawa syarat Program Latihan Khidmat Negara perlu mereka berumur dari 16 hingga 35 tahun.
Maklumat Lanjut PLKN 2023 / 2024
Untuk ketahui info terkini dan update terbaru tentang Program Latihan Khidmat Negara 3.0 ini, sila ikuti saluran berikut:
- Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia
- Laman Web Rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia
Sumber: Utusan Malaysia