PM Umum Bantuan Tambahan Kurang Beban Rakyat  | Kuala Lumpur: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif bantuan tambahan kepada empat kategori golongan bagi mengurangkan beban rakyat menghadapi impak Covid-19.

“Golongan pertama adalah golongan B40 yang berkeluarga dan bujang, golongan M40 bagi berkeluarga dan bujang serta pekerja tempatan pelbagai bidang.

“Kategori keempat adalah golongan peniaga mikro dalam pelbagai bidang,” katanya dalam Perutusan Khas Kita Prihatin, hari ini.

Beliau juga mengumumkan inisiatif Subsidi Upah dilanjutkan hingga Disember menjadi Subsidi Upah 2.0.

Program Subsidi Upah 2.0 melibatkan peruntukan RM2.4 bilion dan memanfaatkan 1.3 juta pekerja.

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dilanjutkan kepada BPN 2.0 membabitkan peruntukan hampir RM7 bilion untuk empat kumpulan rakyat.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran iaitu hujung Oktober 2020 dan Januari 2021.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan pertama yang akan menerima bantuan tambahan RM1,000 ialah golongan B40 seramai 3.7 juta isi rumah.

“Kedua RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang; ketiga adalah RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40.

“Manakala kumpulan keempat adalah 1.7 juta kumpulan M40 yang akan menerima RM300,” katanya dalam Perutusan Khas Kita Prihatin, hari ini.

Beliau berkata, bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, iaitu pada hujung Oktober dan keduanya, pada Januari 2021.

Katanya, golongan B40 yang menerima RM700 dan RM300 akan menerima bayaran ansuran pertama.

“Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini,” katanya

Sumber : HMetro

Share.

Leave A Reply