Polis Kesan Ajaran Sesat Baharu Bertapak Di Perak | Khalifah Media Networks – KUALA KANGSAR – Kegiatan ajaran sesat yang dikenal pasti bertapak di Muallim dipercayai dibawa oleh pihak luar.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kumpulan terbabit dipercayai bergerak dari negara jiran. Sebelum membuat penempatan di sebuah kawasan di daerah itu bagi menyebarkan ajaran yang menyalahi akidah.
“Kumpulan itu bergerak dari negeri lain sebenarnya iaitu dari negeri jiran kemudian buat penempatan di kawasan Muallim.
“Bagaimanapun, saya tidak boleh ulas lanjut kerana kes itu masih dalam siasatan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk),” katanya ketika ditemui selepas melepaskan peserta berbasikal Kayuhan Reunion antara Cliffordian Cycle Team (CCT) dan Old Cliffordian Associatian di Dataran Pavillion di sini pada Ahad.
Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan bahawa JAIPk telah mengesan penyebaran ajaran meragukan oleh pihak tertentu di negeri ini.
Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin dilaporkan berkata, ajaran meragukan itu berselindung di sebalik faktor ekonomi bagi mengembangkan pengaruh.
Sumber: Sinar Harian
Jemaah Mengambil Peluang Iftar di Masjidil Haram | Khalifah Media Networks -Ribuan jemaah mengambil peluang iftar di Masjidil Haram sempena bulan Ramadan ini. Baca selanjutnya.
RIYADH: Ribuan jemaah duduk dalam barisan panjang di Masjidil Haram. Sambil menunggu azan Maghrib untuk berbuka puasa pada hari pertama berpuasa semalam.
Jamuan berbuka puasa turut diperluaskan di dalam Masjidil Haram iaitu di tempat-tempat yang ditetapkan. Sekali gus menyaksikan interaksi pelbagai budaya dan bangsa ketika berbuka puasa, lapor Arab News.
Sukarelawan yang dilantik badan-badan rasmi dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga mengagihkan juadah berbuka puasa di perkarangan masjid itu selepas dua tahun aktiviti itu dilarang akibat COVID-19.
Baca selanjutnya Di Sini…