Polis Siasat Punca Kematian Bayi Lapan Bulan | Pihak polis sedang menyiasat kes kematian seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 10 pagi 29Mac lalu.

Polis Siasat Punca Kematian Bayi Lapan Bulan

Kluang: Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, ini termasuk mencari punca kematian bayi berkenaan sama ada akibat didera atau ada sebab lain. Menurutnya, saksi sudah dipanggil dan diambil keterangan dan mereka menunggu laporan perubatan, laporan bedah siasat dan ujian DNA (asid deoksiribonukleik).

Sebelum itu, pihak polis telah dikhabarkan bahawa bayi berkenaan, Muhammad Danish Hakimi, telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) oleh doktor di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom selepas mendapati terdapat kesan lebam di bahagian dahi, pipi, dan tangan kanan selain terdapat pendarahan dalam kepala.

Dalam pada itu, bapa angkat kepada bayi itu, Mohd Nizam Jamaludin, 33, berkata, sebelum bayi berkenaan meninggal dunia bapa kandung kepada bayi itu menyatakan alasan untuk mengambil Danish kerana datuk Danish rindu dan ingin melihat cucunya. Namun, pada 11 pagi 24 Mac lalu, dia telah menerima panggilan daripada bapa kandung bayi itu mengatakan bahawa Danish sudah koma di Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana terjatuh dari sofa.

“Saya curiga dengan alasan diberikan kerana laporan doktor memberitahu bayi berkenaan disyaki didera,” katanya.

Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan perkara yang tidak disahkan benar sebelum melakukan semakan.

“Perbuatan seperti itu boleh mendatangkan kegusaran dan ketidaktenteraman awam serta tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM).

“Jika sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan sehingga setahun atau kedua-duanya,” katanya.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian

Share.

Leave A Reply